Kereta

Saturday, November 14, 2015

Percuma: Kelas Pendedahan Awal,Perkongsian Ilmu dan Sessi Pembelajaran Vending Machine (Water) Secara Praktikal

Objektif
1.Mendapat pendedahan awal tentang bisness Water vending Mesin dan menilai risiko,peluang dan ancaman yang terlibat sebelum memulakan bisness ini.
2.Menimba ilmu dan pengalaman secara langsung dan realtime dari pengusaha Water Vending Mesin.
3.Mewujudkan jaringan persahabatan bagi mereka yang mempunyai minat bisness yang sama.

Modul Pembelajaran
1. Pengenalan Asas tentang Water Vending Machine. (Jenis,spesifikasi ,system
penurasan,Pulangan Modal dan kos2 terlibat.)
2. Kenali Vending Mesin dan komponennya
3. Selenggaraan Vending mesin dan preventive maintenance.
4.Risiko dan kaedah menguruskan risiko dalam perniagaan Vending Machine.
5.Pengiraan kegunaan air dan elektrik untuk vending machine..
6.Pemilihan tapak/lokasi,perjanjian sewaan tapak dan teknik rundingan tapak.
7.Pemilihan supplier dan pengilang dan lawatan berkaitan.
8.Mengembangkan Perniagaan Vending Mesin anda.
9.Tips,rahsia dan petua berguna.

Bagi yang berminat boleh hubungi saya melalui
012-7292850 (wan) –(tertakluk kelapangan saya.).lokasi –putrajaya.
Kelas ini adalah secara PERCUMA dan cukuplah setakat belanja makan dan minum untuk perkongsian ini.hehe.

Penambahan Mesin Saudara Hanif Di Setiawan/Manjung PERAK

Pada penghujung October yang lalu telah berlansungnya penambahan 3 lagi mesin mentee saya, iatu En.Hanif dari Manjung Perak.Penambahan ini dilakukan selepas beliau nampak potensi masa depan di dalam business vending ini yang dapat menambah pendapatan pasif beliau.Tahniah diucapkan..P/S: Maaf en.hanif saya tidak dapat turut serta kerana sibuk dengan sambutan orang baru di dalam family.Saya doakan tuan terus berjaya dan dimurahi rezeki...AMIN...




Monday, October 5, 2015

Pemasangan Mesin En.Anuar di Nilai,Negeri Sembilan

Pemasangan mesin en.anuar,salah seorang penjawat awam diputrajaya pada hujung bulan september 2015.
Mesin tersebut dipasang dikawasan Nilai, Negeri Sembilan.En.Anuar merupakan salah seorang mentee saya dan berjaya mengikuti kelas dengan jayanya sehungga tamat.tahniah dan selamat menambah pendapatan pasif diucapkan...






Sunday, September 6, 2015

UPDATED KELAS PERKONGSIAN ILMU DAN PRAKTIKAL MARATHON - 6 SEPTEMBER 2015 (AHAD)

Alhamdulillah kelas Perkongsian ilmu dan Praktikal (Versi Marathon) telah selamat dijalankan  pada 6 september 2015 bermula pada 8 pagi dan berakhir pada 7 malam.Kelas dihadiri oleh peserta2 iaitu En.Yus dari PENANG,En.Hanif dari manjung Perak,En.Fendi dari Ipoh ,En.Hazwan dari Gombak,En.Mat dari Melaka dan En.Syed dari Jalan Putra Kuala Lumpur.Kelas di mulakan dengan berkumpul di PETRONAS PRESINT 18 Putrajaya dan bersarapan di pinggiran putra serta sessi pendedahan awal tentang business vending machine,sistem penurasan/tapisan,ROI dan beberapa perkara berkaitan.







Setelah sessi tersebut peserta dibawa melawat ke mesin2 saya untuk mengenali vending mesin dan komponen2nya.









setelah makan tengahari dan bersissi soal-jawab.para peserta di bawa melawat kilang pemasangan mesin yang terletak di KLANG dan kelas telah berakhir pada jam 7 Malam...Terima kasih kepada semua yang terlibat dan semoga ilmu ini dapat dikembangkan lagi keseluruh negara.

Tuesday, September 1, 2015

KELAS PERKONGSIAN ILMU DAN PRAKTIKAL MARATHON - 6 SEPTEMBER 2015 (AHAD)

Bagi memenuhi permintaan dari peserta yang datang jauh dari perak dan kerana lama dah tak buat kelas saya dengan ini akan mengadakan satu kelas marathon (dari pagi hingga petang) pada Ahad bersamaan 6 september 2015.Kelas bermula 730 pagi dan akan tamat selewat2nya malam bagi berkongsi maklumat dan pengalaman berkaitan vending machine.tuan/puanyangt berminat adalah dijemput hadir  untk sama2 belajar tentang selok belok perniagaan vending dan pendedahannya.Tempat berkumpul adalah PETRONAS PRESINT 18 PUTRAJAYA.Sebarang maklumat lanjut boleh hubungi saya.012-7292850.(wan)

Modul Pembelajaran
1. Pengenalan Asas tentang Water Vending Machine. (Jenis,spesifikasi ,system
penurasan,Pulangan Modal dan kos2 terlibat.)
2. Kenali Vending Mesin dan komponennya
3. Selenggaraan Vending mesin dan preventive maintenance.
4.Risiko dan kaedah menguruskan risiko dalam perniagaan Vending Machine.
5.Pengiraan kegunaan air dan elektrik untuk vending machine..
6.Pemilihan tapak/lokasi,perjanjian sewaan tapak dan teknik rundingan tapak.
7.Pemilihan supplier dan pengilang dan lawatan berkaitan.
8.Mengembangkan Perniagaan Vending Mesin anda.
9.Tips,rahsia dan petua berguna.

Pengembangan Kelas Perkongsian ilmu ke Utara Dan Selatan

Saya ingin memaklumkan kepada para pembaca blog saya tentang Pengembangan Kelas Perkongsian ilmu dan praktikal ke Negeri2 Utara dan Negeri Selatan atas inisiatif mentee2 saya dan pengusaha2 Vending Machine yang mempunyai Jaringan dengan saya.Mereka telah bersetuju untuk berkongsi ilmu dan pengalamam mereka secara percuma seperti yang saya lakukan untuk kembangkan jihad ekonomi ummah dan membolehkan lebih ramai lagi usahawan melibatkan diri dalam bidang perniagaan vending ini.Mereka adalah :

EN.YUS DAN WADI -PULAU PINANG

EN.KHAIRUL-MELAKA

EN.FADHLI- JOHOR

EN.HANIF - PERAK

Diharapkan dengan perkongsian ilmu dan pengalaman mereka akan memudahkan tuan/puan yang  tidak berkesempatan untuk menghadiri kelas saya atas kekangan masa akan mendapat manafaatnya.Bagaimanapun saya tidak dapat menyiarkan nombor telefon mereka atas dasar privasi.jika berminat bolehlah menghubungi saya dan saya akan memberikan contact atas persetujuan mereka.Terima Kasih.

Friday, July 24, 2015

SELAMAT HARI RAYA

Selamat Hari raya diucapkan kepada pelawat2 Blog saya ,Mentee-mentee saya  ,Pengusaha vending Machine dan Bakal-bakal pengusaha vending Machine semua.Ampun maaf dipinta sekiranya ada salah silap dan terkasar bahasa.tujuan saya updated blog saya adalah untuk memaklumkan bahawa Kelas Vending akan mula dijalankan semula pada 1 atau 2 ogos 2015 berikutan sambutan raya yang masih meriah dan kesibukkan memenuhi jemputan rumah terbuka.Maaf kepada yang berminat dan banyak  kalibertanya tentang bila nak start semula kelas....jiak ada kelas saya akan invite.dont worry....Sehingga bertemu kembali di kelas yang akan datang.....


Thursday, June 18, 2015

Selamat Menjalani Ibadah Puasa Dan Penangguhan Kelas Perkongsian Ilmu sempena Ramadhan 1436H/2015M



Saya ingin mengucapkan selamat menjalani ibadah Puasa kepada Mentee-mentee Kelas Vending machine  saya dan Pelawat-pelawat Blog saya.Semoga amalan puasa kita diberkati dan dirahmati oleh Allah (S.W.T).Di kesempatan ini juga saya ingin umumkan penangguhan Kelas Perkongsian Ilmu dan Praktikal Vending Machine sempena Ramadhan Al-Mubarak dan akan disambung semula selepas minggu kedua Aidilfitri.Bagi yang telah tersenarai nombor contact saya akan menjemput anda seperti biasa jika ada kelas.Jika sebarang Pertanyaan ,Boleh menghubungi saya di talian 012-7292850.Selamat Berpuasa Kepada Semua.

Thursday, April 16, 2015

kelas perkongsian ilmu dan pembelajaran praktikal 18/4/2015

sy akan servis mesin dan buat collection vending machine pd sabtu pagi -18/04/2015.jm 730-11pg.sessi pembelajaran secara percuma juga diadakan sekali.jika brminat boleh jumpa sy di petronas putrajaya presint 18 putrajaya(dkt maybank mahkamah dan masjid besi) jam 800pg.sila sahkan kehadiran.tq 

updated post




 

Pemasangan Mesin En Hanif di Sri Kembangan dan Equine Park





Saturday, March 28, 2015

updated sekitar kelas , carian tapak dan lawatan ke tempat supplier

alhamdulillah En.Hanif dari sri kembangan dan En.Yus dari Penang telah tamat sessi pembelajaran dan bersedia untuk memiliki vending sendiri dan mengusahakan sendiri business vending ini.Saya telah bawa mereka dan penuntu2t lain ke tempat beberapa  supplier mesin dan kilang untuk buat pemilihan mesin dan supplier.Setelah itu kelas mengenai tapak dan teknik perundingan tapak telah diadakan.Encik hanif dan en.Yus telah memperolehi tapak masing2 dan akan memasangnya pada tarikh yang ditetapkan di Penag dan Taman Equine.Mereka adalah anak didik (mentee) yang ke 18 dan 19 yang telah saya lahirkan menerusi kelas perkongsian ilmu saya.Alhamdulillah.Lahirnya lagi 2 usahawan bumiputra dan memartabatkan jihad ekonomi ummah.

gambar2 aktiviti:-












Wednesday, February 25, 2015

Kelas Perkongsian Ilmu dan pembelajaran praktikal 28/02/2015


salam...sy akan servis mesin dan buat collection vending machine pd sabtu pagi -28/02/2015.jm 800-11pg.sessi pembelajaran secara percuma juga diadakan sekali.jika brminat boleh jumpa sy di petronas putrajaya presint 18 putrajaya(dkt maybank mahkamah dan masjid besi) jam 800pg.sila sahkan kehadiran.tq 

UPDATED


Kelas telah dihadiri oleh En.Mohamad daridengkil,En.Aznir dari ampang ,En.Anuar dari Salak Tinggi dan En.Yus dari Pulau Pinang.Terima kasih kepada semua yang telah sudi hadir.Setelah lawatan yang bermula dari Site Jenderam Hilir kami terus ke Limau Manis seterusnya ke Sungai Merab Dan Berakhir di Bangi.Selain perkara asa tentang vending m,achine peserta telah belajar tentang cara2 menggantikan filter secara praktikal dan fungsi setiap filter secara terperinci.Diakhir kelas peserta telah diajar ttg pengiraan kegunaan air dan elektik bg memudahkan proses carian tapak dan pengiraan sewaan.Kelas tamat pada Jam 1.30ptg.Terima kasih kepada en.mohamad dan En.Anuar kerana belanja semua peserta makan dan minum.semoga anda dimurahi rezeki.amin...