Kereta

Thursday, February 13, 2020

1st personal coaching vending machine 2020-puan farhanah dan tuan azli-feedback mereka.

Alhamdulillah saya telah sempat menjslanksn satu sessi private coaching vending machine untuk tuan fadhli dan puan farhanah di guest house saya (www.thebilikhouse.com) dan berikut merupakan maklum balas suami isteri ini ttg personal coaching yg saya berikan.ini merupakan kelas pendedahan dan teorikal.kelas praktikal dijalankan oleh sahabat saya di kuala lumpur.







Bagi mereka yang berminat untuk mendalami ilmu vending machine atau terus belajar secara bersemuka boleh menghubungi saya.tq.






Saturday, January 11, 2020

Selamat tahun baru 2020.semoga perniagaan kita semua berkembang maju dan berjaya.

Selamat tahun baru 2020.


Untuk kelas pembelajaran mengenai water vending machine dan personal coaching boleh hubungi saya di kad perniagaan yang tertera.terima kasih.



Thursday, November 7, 2019

Personal coaching water vending machine 2019 di cyberjaya/putrajaya

Water Vending Machines Personal Coaching

Water Vending personal coaching telah diwujudkan oleh saya untuk membantu bakal2 pengusaha baru vending machine dan mereka yg telah memiliki vending machine namun menghadapi pelbagai masalah.Personal Coaching ini dilakukan secara BERSEMUKA SAHAJA (bukan sms/wassap/email/phone).nak berguru dan meminta bantuan mestilah berjumpa.Sessi Personal Coaching akan dikenakan sedikit bayaran bergantung persetujuan kedua2 pihak.Masa juga boleh ditetapkn oleh kedua2 pihak.Jika berminat boleh menghubungi saya secara peribadi di 012-7292850(WAN).Lebih baik anda laburkan wang yg kecil ke ilmu perniagaan dari mengalami risiko kerugian puluhan ribuan ringgit apabila terjebak di dalam sesuatu perniagaan.(risiko di tangan anda untuk memilih).

Objektif Personal Coaching

1.Dapat membantu membimbing mereka yang baru ingin menceburi perniagaan vending machine dengan pengalaman dan ilmu pengusaha vending machine yg telah 10 tahun berkecimpung dalam perniagaan ini.(sejak 2009)

2.Dapat belajar/berguru secara bersemuka(face to face) dengan pengusaha mesin air berpengalaman tanpa dipengaruhi faktor jualan.(bukan penjual mesin).

3.Dapat membantu anda membuat penilaian risiko terhadap perniagaan ini sebelum menceburi perniagaan ini..(jangan beli mesin tanpa ilmu pengendalian dan penyelenggaraan).

4.Membantu untuk  anda menilai komitment,kebolehpercayaan dan intergriti pembekal/penjual mesin yg berurusan dengan anda.

5.Sebagai salah satu fast track untuk anda mengetahui lebih banyak maklumat mengenai perniagaan vending machine ini dan cabaran semasa perniagaan ini.

6.Dapat membantu pengusaha2 yg bermasalah dan telah ditipu@sebagainya untuk dapatkan cara penyelesaian atau cara bangkit semula dari permasalahan tersebut melalui khidmat nasihat secara bersemuka.

7.membolehkan bakal pengusaha menyertai jaringan pengusaha2 yg terdiri dari mentee2(anak didik) saya dalam berkongsi pengalaman ,ilmu dan pandangan serta mengusahakan perniagaan ini secara berkumpulan.

8.Membolehkan pengusaha baru/lama mempunyai rujukan jika berhadapan dengan permasalahan dalam perniagaan vending machine.

9.Membantu pengusaha vending machine berdikari dalam menguruskan operasi perniagaan vending machine biarpun supplier atau technician anda lari malam...hehe.


10.Mendapat pendedahan awal tentang bisness Water vending Mesin dan menilai risiko,peluang dan ancaman yang terlibat sebelum memulakan bisness ini.

11.Menimba ilmu dan pengalaman secara langsung dan realtime dari pengusaha Water Vending Mesin.

12.Mewujudkan jaringan persahabatan bagi mereka yang mempunyai minat bisness yang sama.

Modul Pembelajaran

1. Pengenalan Asas tentang Water Vending Machine. (Jenis,spesifikasi ,system
penurasan,Pulangan Modal dan kos2 terlibat.)






2. Kenali Vending Mesin dan komponennya




3. Selenggaraan Vending mesin dan preventive maintenance.




4.Risiko dan kaedah menguruskan risiko dalam perniagaan Vending Machine.

5.Pengiraan kegunaan air dan elektrik untuk vending machine..


6.Pemilihan tapak/lokasi,perjanjian sewaan tapak dan teknik rundingan tapak.


7.Pemilihan supplier dan pengilang dan lawatan berkaitan.


8.Mengembangkan Perniagaan Vending Mesin anda.



9.Tips,rahsia dan petua berguna.

Bagi yang berminat boleh hubungi saya melalui
012-7292850 (wan) –(tertakluk kelapangan saya.).lokasi –putrajaya/cyber

Wednesday, October 23, 2019

Perkembangan business vending di fasa kedua.pembinaan dan perkembangan perniagaan vending secara sitematik.

Salam semua pembaca sekalian...

alhamdulillah...setelah berkecimpung dalam business vending sejak 2008 dan business berkembang dengan baik setahun dari setahun hingga sekarang.saya dengan rasa rendah diri dan ingin berkongsi sedikit ilmu,pengalaman dan perkembangan business vending kepada yang berminat terhadap business ini.saya akan mengadakan beberapa program seperti private personal coaching (ppc),mentoring system,program usahasama (jv system) dan vending apprentice programme(vap).kepada mereka yang berminat boleh wassap saya di talian-0127292850-wan.semoga dengan salah satu cara ini akan memantapkan lagi usahawan2 vending dan juga memberi peluang kepada mereka yang berminat menceburi bidang ini.terima kasih.

Antara rezeki saya didalam bidang vending machine ini adalah memperolehi tambahan hartanah melalui pendapatan vending.setakat ini saya telah memperolehi 2 unit hartanah yg saya telah ubah suai untuk jadikan homestay (pendapatan hiliran lagi..hehe) dan anda yg berminat boleh melawat ke web-
 
www.thebilikhouse.com.


...alhamdulillah..amin ya allah...

Aggrement rumah....




Thursday, June 6, 2019

Selamat hari raya 2019.


                          www.thebilikhouse.com

                          www.mybankintroducer.com

                          www.usahawanvending.com

Monday, April 29, 2019

Cabang perniagaan terbaru usahawan trading & services 2019. Bukti pentingnya akaun semasa kepada syarikat dan ribuan terima kasih maybank.


Alhamdulillah pada bulan april 2019 ini , usahawan trading & services ( 002124511-M ) mengorak satu lagi langkah dalam bidang perniagaan dan keusahawan, usahawan trading & services telah berjaya menceburi perniagaan penginapan harian/penginapan singkat-short stay. yang menariknya modal perniagaan ini 100% datangnya dari hasil perniagaan vending yang di usahakan semenjak 2009 lagi. berbekalkan akaun semasa yang mantap,pembayaran cukai yang teratur dan dokumen sokongan syarikat yang utuh,usahawan trading & services berjaya mendapatkan pembiayaan 100% untuk projek terbaru ini..ini membuktikan bahawa dengan statement akaun semasa syarikat yang baik,memberikan kita kelebihan terutamanya dalam urusan pinjaman dan kemudahan kewangan. Terima kasih maybank!!!.loan tersebut adalah 100% dari maybank...untuk mereka yang berminat untuk mencuba mahupun menginap di penginapan harian kami jemputlah ke blog-

www.thebilikhouse.blogspot.com...( blog dlu,website dalam proses pembinaan)

dan kepada yang berminat untuk mengetahui lebih lanjut tentang perniagaan vending bolehlah ke web kami
www.usahawanvending.com.

dan bagi mereka yang berminat memperkasakan business mereka melalui akaun semasa boleh melawati web bantuan introducer kami di
www.mybankintroducer.com.
(www.kaya-knowledge.blogspot.com)..

Terima kasih semua atas sokongan anda dan doakan kejayaan kami seterusnya. terima kasih.

Ridzwan Zulkipli-0127292850
Pengasas Usahawan Trading & Services.

Saturday, February 9, 2019

Perkenalan dengan bakal usahawan vending 2019-En.Aiman dari pulau pinang serta sedikit nasihat tentang keperibadian usahawan.

Salam maju jaya buat para usahawan dan peminat perniagaan vending machine.Ada juga mereka yang telah berjaya,baru ingin cuba dan mungkin gagal mengusahakan perniagaan ini.Kekurangan ilmu dan pengalaman serta bimbingan dari mereka yang telah lama berkecimpung dalam sesuatu bidang merupakan faktor2 kegagalan perniagaan atau bidang yg kita ceburi.usaha dan komitment yg diberikan oleh seseorang individu akan menentukan kejayaan seseorang usahawan atau kegagalan beliau.di entry ini saya kongsikan sedikit maklumat ttg saudara aiman dari pulau pinang yang telah menghubungi saya untuk tujuan pembelajaran....








Panjang sikit perbualan saya dan encik aiman ini.tujuan saya upload untuk menunjukka bagaimana tatacara seni pergaulan-perkenalan diri dalam kehidupan kita yang akan membezakan keperibadian kita sebagai usahawan dengan individu lain.belajar kenalkan diri,bergaul sebagai seorang usahawan dan seterusnya meminta pertolongan atau hajat seterusnya.begitulah adat kita budaya timur.bukannya terus tanya harga mesin,mesin saya rosak boleh datang baiki tak ,boleh supply mesin tak,atau sebagainya.saya telah maklumkan terlebih dahulu saya bukan penjual mesin atau technician mesin.saya operator dan pemilik vending machine persendirian.jika ada yg nk mendalami,belajar mahupun timba pengalaman,insyaAllah saya boleh bantu dan berkongsi ilmu dan pengalaman yang ada secara PERCUMA mahupun berbayar (syarat dan terma).terima kasih..0127292850-wan putrajaya.



Sunday, January 13, 2019

Usahawan vending machine dari johor

Selamat menyambut tahun baru 2019 kepada semua rakan2 pembaca dan pengikut setia blog usahawanvending.di tahun 2019 saya akan membawa sedikit kelainan di blog ini dengan memaparkan perkembangan tentang aktiviti vending dan mereka yang berhubung dengan saya menerusi perihal vending machine.semoga memberi manafaat kepada semua.amin...0127292850-wan putrajaya.terima kasih.

Usahawan vending yang telah menghubungi saya ditahun 2019 ini.

Semoga en.yusri berjaya dengan perniagaan vending yang diusahakan oleh beliau.amin...

Saturday, December 29, 2018

Selamat menyambut tahun baru 2019

Selamat menyambut tahun baru tahun 2019 kepada semua mentee2,follower dan mereka yang berurusan secara langsung dan tidak langsung dengan syarikat kami usahawan trading & services.semoga tahun depan akan membawa 1000 kejayaan bermakna dalam hidup kita.selamat tahun baru.


Tuesday, November 6, 2018

Kegunaan flag counter pada blog dan websites.-blog vending saya.

Flags counter dapat mempamerkan jumlah vistitor/pelawat dan statistik pelawat ke sesuatu website/blog..kita tengok traffic yg menjengah ke blog vending saya.




Saturday, September 22, 2018

Membaiki kebocoran paip dan nozzel yang tersumbat

Kerja2 membaiki paip yg bocor dan nozzel yang tersumbat telah dilaksanakan di site oleh usahawan sendiri secara d.i.y.







Saturday, July 1, 2017

Selamat hari raya





Perkembangan terkini tentang kelas vending machine sila layari:


Friday, May 26, 2017

Selamat menyambut bulan ramadhan 1438 Hijrah...kutipan vending bulan puasa menaik atau turun?cuba teka...

Alhamdulillah....syukur kepada Allah yang menemukan kita sekali lagi dengan bulan yang mulia...ramadhan karim...


Apabila tibanya bulan ramadhan....sesetengah operator pengendali mesin terutamanya yang baru akan gundah gulana kerana mungkin bertanggapan bila ramadhan org akan kurang minum air di siang hari.jadi sale akan menurun.raya pula menjelang.camner nak tambah bonus raya?hehe...Namun realitinya ramadhan bulan rahmat dan bulan rezeki.sepanjang pengalaman saya mengusahakan mesin vending,alhamdulillah apabila ramdhan tiba..jualan akan meningkat 50% hingga 75%...tinggikan?itulah rezeki ramadhan...tapi logiknya macam mana yer?nk tgk siang org beli air pun susah...hehe...sebenarnya bila tiba ramadhan keperluan untuk gunakan air bersih untuk memasak,berbuka dan bersahur adalah tinggi.untuk memasak pula,kuantiti air yg digunakan adalah lebih besar dari kuantiti biasa.bila pelanggan ambil air?selalunya malam...berbaris2 mereka malam2...jadi kepada pengusaha pastikan lampu berfungsi dengan baik dan jika kawasan gelap tambahkan pencahayaan.semoga perkongsian ini memberi manafaat kepada semua.terima kasih.

Layari website rasmi saya:



Saturday, April 29, 2017

Pelancaran website www.usahawanvending.com sebagai kesinambungan blog ini.

Alhamdulillah….akhirnya siap juga website usahawanvending.com ini sebagai kesinambungan kepada blog saya must-1.blogspot.com….web ini akan meneruskan legasi dalam membantu usahawan2 baru yang berminat berkecimpung dalam bidang vending machine terutamanya drinking water.diharap dengan wujudnya web ini dapat membantu usahawan2 yang memerlukan.jazakallah…

Untuk maklumat terkini sila lawati: www.usahawanvending.com

Friday, March 24, 2017

Persediaan sebelum memiliki vending machine 2017

Persediaan sebelum membeli vending machine

Sebelum memiliki vending machine,seorang pengusaha perlulah bersedia dari segi fizikal dan mental.ini kerana dalam apa2 perniagaan sekali pun jika kita tidak bersedia.maka kita telah menempah jalan kegagalan."if you not planning in making something that means you plan to fail".
   Antara persedian mental yang perlu:

1.Bersiap sedia dengan kebarangkalian mesin kita dicuri/dirosakkan atau terlibat dalam vendalism.

2.Bersedia dengan jangkaan kutipan yang tidak lumayan mahupun tidak capai sasaran.

3.Bersiap sedia dengan masa yg perlu dihabiskan untuk menyelesaikan masalah berkaitan mesin kita.

Manakala dari segi fizikal pula beberapa persediaan lain juga diperlukan:

1.Mencari tapak alternatif sebagai plan B jika sales tapak terkini tidak memberangsangkan.

2.persiapkan diri dengan persiapan teknikal seperti peralatan untuk servis mesin,ilmu2 teknikal seperti set duit di coin slot,set water volume,buat penyambungan paip,set flood sensor dan lain2 keperluan.

3.cuba bina network dengan pengusaha2 lain supaya dapat jadi rujukan dan boleh kongsi permasalahan yang sama.

4.Pastikan kawasan pemasangan mesin adalah cerah pada waktu malam dan perlu letakkan lampu jika gelap.

5.Filter2 tambahan serta komponen2 mesin yg utama dan kritikal perlu ditambah spare part supaya jika terjadi masalah cepat dapat diselesaikan.

6.Sedikit duit sebagai rolling capital dan emergency back up untuk kes seperti tukar tapak atau pemilik premis buat hal.

7.Kenalpasti lesen2 niaga yang perlu dan kelulusan dari pihak berkuatkuasa seperti KKM dan KPDNKK..

Beberapa persediaan lain yg difikirkan perlu seperti kunci/mangga tambahan...


Saturday, February 11, 2017

Makeover vending machine yang berusia 6 dan 7 tahun dengan bantuan sahabat nukleus..

Alhamdulilliah dengan bantuan sahabat dari jenama nukleus , dua mesin saya yang berusia 6tahun dan 7 tahun berjaya di makeover dan masih boleh berbakti kepada pengguna.siapa kata perniagaan mesin air yg hanya boleh bertahan setahun dua sahaja?jumpa saya saya tunjukkan mesin yg berusia 5 tahun pun masih elok dan menjana pendapatan walaupun telah berusia dan balik modal sepenuhnya...mesin2 tersebut....terima kasih saudara fadhli atas kepakaran dan komitment yang diberikan...




Tuesday, January 24, 2017

Perjanjian sewaan tapak vending machine (aggrement) satu keperluan

Salam sejahtera semua....lama saya tak updated post diblog ini kerana kekangan masa fokus kepada kerjaya hakiki dan juga keluarga.kali ini igin saya kongsikan tentang perjanjian tapak (aggrement) dan beberapa contoh yg dimiliki oleh saya sendiri.
   Sebenarnya perjanjian sewaan tapak amatlah penting dalam mengusahakan perniagaan vending machine.manakan tidaknya...dgn aggrement ini sajalah pembuktian pemilikan mesin seseorang pengusaha mesin yg meletakkan mesin dipremis2 sewaannya.selain itu ianya penting jika terjadi konflik antara pemilik premis dan penyewa.selain itu ianya juga dapat menerangkan lialibiliti pemilik premis tersebut....berikut merupakan beberapa contoh aggrement sewaan vending saya.semoga memberi manafaat kepada semua...