Friday, March 24, 2017

Persediaan sebelum memiliki vending machine 2017

Persediaan sebelum membeli vending machine

Sebelum memiliki vending machine,seorang pengusaha perlulah bersedia dari segi fizikal dan mental.ini kerana dalam apa2 perniagaan sekali pun jika kita tidak bersedia.maka kita telah menempah jalan kegagalan."if you not planning in making something that means you plan to fail".
   Antara persedian mental yang perlu:

1.Bersiap sedia dengan kebarangkalian mesin kita dicuri/dirosakkan atau terlibat dalam vendalism.

2.Bersedia dengan jangkaan kutipan yang tidak lumayan mahupun tidak capai sasaran.

3.Bersiap sedia dengan masa yg perlu dihabiskan untuk menyelesaikan masalah berkaitan mesin kita.

Manakala dari segi fizikal pula beberapa persediaan lain juga diperlukan:

1.Mencari tapak alternatif sebagai plan B jika sales tapak terkini tidak memberangsangkan.

2.persiapkan diri dengan persiapan teknikal seperti peralatan untuk servis mesin,ilmu2 teknikal seperti set duit di coin slot,set water volume,buat penyambungan paip,set flood sensor dan lain2 keperluan.

3.cuba bina network dengan pengusaha2 lain supaya dapat jadi rujukan dan boleh kongsi permasalahan yang sama.

4.Pastikan kawasan pemasangan mesin adalah cerah pada waktu malam dan perlu letakkan lampu jika gelap.

5.Filter2 tambahan serta komponen2 mesin yg utama dan kritikal perlu ditambah spare part supaya jika terjadi masalah cepat dapat diselesaikan.

6.Sedikit duit sebagai rolling capital dan emergency back up untuk kes seperti tukar tapak atau pemilik premis buat hal.

7.Kenalpasti lesen2 niaga yang perlu dan kelulusan dari pihak berkuatkuasa seperti KKM dan KPDNKK..

Beberapa persediaan lain yg difikirkan perlu seperti kunci/mangga tambahan...


Saturday, February 11, 2017

Makeover vending machine yang berusia 6 dan 7 tahun dengan bantuan sahabat nukleus..

Alhamdulilliah dengan bantuan sahabat dari jenama nukleus , dua mesin saya yang berusia 6tahun dan 7 tahun berjaya di makeover dan masih boleh berbakti kepada pengguna.siapa kata perniagaan mesin air yg hanya boleh bertahan setahun dua sahaja?jumpa saya saya tunjukkan mesin yg berusia 5 tahun pun masih elok dan menjana pendapatan walaupun telah berusia dan balik modal sepenuhnya...mesin2 tersebut....terima kasih saudara fadhli atas kepakaran dan komitment yang diberikan...




Tuesday, January 24, 2017

Perjanjian sewaan tapak vending machine (aggrement) satu keperluan

Salam sejahtera semua....lama saya tak updated post diblog ini kerana kekangan masa fokus kepada kerjaya hakiki dan juga keluarga.kali ini igin saya kongsikan tentang perjanjian tapak (aggrement) dan beberapa contoh yg dimiliki oleh saya sendiri.
   Sebenarnya perjanjian sewaan tapak amatlah penting dalam mengusahakan perniagaan vending machine.manakan tidaknya...dgn aggrement ini sajalah pembuktian pemilikan mesin seseorang pengusaha mesin yg meletakkan mesin dipremis2 sewaannya.selain itu ianya penting jika terjadi konflik antara pemilik premis dan penyewa.selain itu ianya juga dapat menerangkan lialibiliti pemilik premis tersebut....berikut merupakan beberapa contoh aggrement sewaan vending saya.semoga memberi manafaat kepada semua...








Monday, November 14, 2016

Major maintainance dan make-over vending machine di putra perdana


Satu major maintainance dan sedikit make-over telah dilakukan pada satu mesin saya disalah satu tapak yg terletak di putra perdana.Alhamdulillah walaupun mesin telah mencecah usia 5 tahun,namun kerana dijaga, mesin masih beroperasi ditahap terbaik dan memberikan pulangan yang mantap.Jika dikira dari segi R.O.I mesin ini telah lama balik modal dan menyumbang pendapatan pasif untuk saya.alhamdulillah....

_____________________________________________




Water Vending Machines Personal Coaching

Water Vending personal coaching telah diwujudkan oleh saya untuk membantu bakal2 pengusaha baru vending machine dan mereka yg telah memiliki vending machine namun menghadapi pelbagai masalah.Personal Coaching ini dilakukan secara BERSEMUKA SAHAJA (bukan sms/wassap/email/phone).nak berguru dan meminta bantuan mestilah berjumpa.Sessi Personal Coaching akan dikenakan sedikit bayaran bergantung persetujuan kedua2 pihak.Masa juga boleh ditetapkn oleh kedua2 pihak.Jika berminat boleh menghubungi saya secara peribadi di 012-7292850(WAN).Lebih baik anda laburkan wang yg kecil ke ilmu perniagaan dari mengalami risiko kerugian puluhan ribuan ringgit apabila terjebak di dalam sesuatu perniagaan.(risiko di tangan anda untuk memilih).

Objektif Personal Coaching

1.Dapat membantu membimbing mereka yang baru ingin menceburi perniagaan vending machine dengan pengalaman dan ilmu pengusaha vending machine yg telah 7 tahun berkecimpung dalam perniagaan ini.(sejak 2009)

2.Dapat belajar/berguru secara bersemuka(face to face) dengan pengusaha mesin air berpengalaman tanpa dipengaruhi faktor jualan.(bukan penjual mesin).

3.Dapat membantu anda membuat penilaian risiko terhadap perniagaan ini sebelum menceburi perniagaan ini..(jangan beli mesin tanpa ilmu pengendalian dan penyelenggaraan).

4.Membantu untuk  anda menilai komitment,kebolehpercayaan dan intergriti pembekal/penjual mesin yg berurusan dengan anda.

5.Sebagai salah satu fast track untuk anda mengetahui lebih banyak maklumat mengenai perniagaan vending machine ini dan cabaran semasa perniagaan ini.

6.Dapat membantu pengusaha2 yg bermasalah dan telah ditipu@sebagainya untuk dapatkan cara penyelesaian atau cara bangkit semula dari permasalahan tersebut melalui khidmat nasihat secara bersemuka.

7.membolehkan bakal pengusaha menyertai jaringan pengusaha2 yg terdiri dari mentee2(anak didik) saya dalam berkongsi pengalaman ,ilmu dan pandangan serta mengusahakan perniagaan ini secara berkumpulan.

8.Membolehkan pengusaha baru/lama mempunyai rujukan jika berhadapan dengan permasalahan dalam perniagaan vending machine.

9.Membantu pengusaha vending machine berdikari dalam menguruskan operasi perniagaan vending machine biarpun supplier atau technician anda lari malam...hehe.


10.Mendapat pendedahan awal tentang bisness Water vending Mesin dan menilai risiko,peluang dan ancaman yang terlibat sebelum memulakan bisness ini.

11.Menimba ilmu dan pengalaman secara langsung dan realtime dari pengusaha Water Vending Mesin.

12.Mewujudkan jaringan persahabatan bagi mereka yang mempunyai minat bisness yang sama.

Modul Pembelajaran
1. Pengenalan Asas tentang Water Vending Machine. (Jenis,spesifikasi ,system
penurasan,Pulangan Modal dan kos2 terlibat.)

2. Kenali Vending Mesin dan komponennya

3. Selenggaraan Vending mesin dan preventive maintenance.

4.Risiko dan kaedah menguruskan risiko dalam perniagaan Vending Machine.

5.Pengiraan kegunaan air dan elektrik untuk vending machine..

6.Pemilihan tapak/lokasi,perjanjian sewaan tapak dan teknik rundingan tapak.

7.Pemilihan supplier dan pengilang dan lawatan berkaitan.

8.Mengembangkan Perniagaan Vending Mesin anda.

9.Tips,rahsia dan petua berguna.

Bagi yang berminat boleh hubungi saya melalui
012-7292850 (wan) –(tertakluk kelapangan saya.).lokasi –putrajaya.

Sunday, November 13, 2016

Personal coaching vending machine Bersama cik ain dan Tuan hamizan

2 kelas personal coaching telah diadakan bersama cik ain dari cyberjaya dan tuan hamizan dari kajang.cik ain merupakan seorang student perubatan sebuah universiti yang ingin mendalami tentang ilmu vending machine dan ingin menjadi pengusaha part time vending machine.tuan hamizan, seorang kakitangan swasta pula tertarik dengan mesin cup dan berjumpa saya untuk mendapatkan mklumat lanjut ttg jenis2 perniagaan vending.terima kasih diucapkan dan semiga mereka beroleh manafaat dari sessi personal coaching tersebut.



UNTUK MAKLUMAT LANJUT MENGENAI VENDING MACHINE SILA HUBUNGI :012-7292850(WAN)

Wednesday, October 26, 2016

Kegagalan saya dalam mengusahakan mesin air tin (can vending machine).-pengalaman saya sendiri dan rakan2.

Kegagalan saya dalam mengusahakan mesin air tin (can vending machine).-pengalaman saya sendiri dan rakan2.

Saya pernah menceburkan diri dalam mengusahakan mesin air tin (can vending machine),namun ianya hanya bertahan kurang lebih enam bulan sahaja sebelum mesin tersebut saya jual beserta lokasi untuk meminimumkan kerugian.Mungkin dengan perkongsian ini dapat membantu mereka yg ingin menceburi diri dalam bidang vending membuat pertimbangan sewajarnya sebelum terjun dalam bidang ini.Amaran-ini adalah pengalaman saya sendiri,mungkin pengusaha lain mempunyai pengalaman tersendiri.Anda dinasihatkan membuat penilaian sendiri sebelum terjun ke bidang vending ini. antara faktor2 yg mendorong saya menjual mesin tersebut adalah:

1.Service selepas jualan yg teruk dari pembekal-janji datang servis slps 1 hari tapi sampai 2mggu pun belum tentu sampai lagi...

2.Kejadian vendalism yg agak kerap hinggakan mesin pernah disimbah denan air...short circuit main board...

3.Gelagat pelanggan-duit kertas pun dilipat2 untuk dimasukkan dlm coin slot mesin...bila sangkut sebelah malam berderinglah HP saya hingga pagi...

4.Manual mesin yg tidak mesra pengguna-manual mesin refurbish dlm bahasa jepun...saya belum sempat blajar bahasa jepun.hehe

5.Persaingan syarikat2 besar-anda jual 1tin rm1.50...permanis dan atlas vending bulih jual setin rm1 sahaja sebab mereka big player...lepas 2-3 bulan bungkuslah business kita...tk tahan bersaing..

6.Harga stok yg tidak tetap-nak beli stok kat mana yg murah sekarang ni tambah gst lagi...hancur..

7.Citarasa pengguna yg berubah2-kita tak boleh customer terus minum coke selama2nya..kdang2 nk dapatkan selera customers...sy panggil tuning taste...kdang2 berbulan try n error..

8.Tak tahan lagi customer call hingga habis bateri HP-bila duit sangkut klau malam HP berdering hingga pagi...jika siang saya ada meeting HP vibrate sampai habis bateri...aduyai...

9.Tak tahan kekuatan pinggang untuk re-stok air tin dlm mesin-mesin saya ada 42 selection...satu selection 29-38tin...so bulih kira sendiri brapa tin diperlukan...berkaton2..kereta 4x4 saya pun terpaksa tukar suspension...belum lg kira sakit belakang...

Ini merupakan beberapa masalah yg saya hadapi...selain dari kna pow JMB,masalah penukaran syilling,perihal kegunaan eletrik ,sewa tapak dan pelbagai masalah kecil lain...jika nk tahu lebih detail bolehlah hubungi saya.cerita dlm blog tkkan larat nak menaip...hehe..cuma pesan saya kepada yg baru berjinak2 dgn business ini...jangan lokek untuk tuntut ilmu sebelum memulakan sesuatu business...

Monday, September 26, 2016

Penyelesaian masalah pengusaha water vending machine- en.hafiz dari perlis menerusi personal coaching water vending machines.

Alhamdulillah...setelah sanggup datang ke putrajaya untuk mendapatkan personal coaching berkenaan vending machine,en.hafiz telah mempraktikkan ilmu yg dikongsikan kepada beliau.masalah vendalism dan slow water flow di mesin beliau dapat diselesaikan.alhamdulillah..berikut merupakan gambar mesin en.hafiz di Perlis dan kata2 penghargaan dari beliau: