Kereta

Monday, November 14, 2016

Major maintainance dan make-over vending machine di putra perdana


Satu major maintainance dan sedikit make-over telah dilakukan pada satu mesin saya disalah satu tapak yg terletak di putra perdana.Alhamdulillah walaupun mesin telah mencecah usia 5 tahun,namun kerana dijaga, mesin masih beroperasi ditahap terbaik dan memberikan pulangan yang mantap.Jika dikira dari segi R.O.I mesin ini telah lama balik modal dan menyumbang pendapatan pasif untuk saya.alhamdulillah....

_____________________________________________




Water Vending Machines Personal Coaching

Water Vending personal coaching telah diwujudkan oleh saya untuk membantu bakal2 pengusaha baru vending machine dan mereka yg telah memiliki vending machine namun menghadapi pelbagai masalah.Personal Coaching ini dilakukan secara BERSEMUKA SAHAJA (bukan sms/wassap/email/phone).nak berguru dan meminta bantuan mestilah berjumpa.Sessi Personal Coaching akan dikenakan sedikit bayaran bergantung persetujuan kedua2 pihak.Masa juga boleh ditetapkn oleh kedua2 pihak.Jika berminat boleh menghubungi saya secara peribadi di 012-7292850(WAN).Lebih baik anda laburkan wang yg kecil ke ilmu perniagaan dari mengalami risiko kerugian puluhan ribuan ringgit apabila terjebak di dalam sesuatu perniagaan.(risiko di tangan anda untuk memilih).

Objektif Personal Coaching

1.Dapat membantu membimbing mereka yang baru ingin menceburi perniagaan vending machine dengan pengalaman dan ilmu pengusaha vending machine yg telah 7 tahun berkecimpung dalam perniagaan ini.(sejak 2009)

2.Dapat belajar/berguru secara bersemuka(face to face) dengan pengusaha mesin air berpengalaman tanpa dipengaruhi faktor jualan.(bukan penjual mesin).

3.Dapat membantu anda membuat penilaian risiko terhadap perniagaan ini sebelum menceburi perniagaan ini..(jangan beli mesin tanpa ilmu pengendalian dan penyelenggaraan).

4.Membantu untuk  anda menilai komitment,kebolehpercayaan dan intergriti pembekal/penjual mesin yg berurusan dengan anda.

5.Sebagai salah satu fast track untuk anda mengetahui lebih banyak maklumat mengenai perniagaan vending machine ini dan cabaran semasa perniagaan ini.

6.Dapat membantu pengusaha2 yg bermasalah dan telah ditipu@sebagainya untuk dapatkan cara penyelesaian atau cara bangkit semula dari permasalahan tersebut melalui khidmat nasihat secara bersemuka.

7.membolehkan bakal pengusaha menyertai jaringan pengusaha2 yg terdiri dari mentee2(anak didik) saya dalam berkongsi pengalaman ,ilmu dan pandangan serta mengusahakan perniagaan ini secara berkumpulan.

8.Membolehkan pengusaha baru/lama mempunyai rujukan jika berhadapan dengan permasalahan dalam perniagaan vending machine.

9.Membantu pengusaha vending machine berdikari dalam menguruskan operasi perniagaan vending machine biarpun supplier atau technician anda lari malam...hehe.


10.Mendapat pendedahan awal tentang bisness Water vending Mesin dan menilai risiko,peluang dan ancaman yang terlibat sebelum memulakan bisness ini.

11.Menimba ilmu dan pengalaman secara langsung dan realtime dari pengusaha Water Vending Mesin.

12.Mewujudkan jaringan persahabatan bagi mereka yang mempunyai minat bisness yang sama.

Modul Pembelajaran
1. Pengenalan Asas tentang Water Vending Machine. (Jenis,spesifikasi ,system
penurasan,Pulangan Modal dan kos2 terlibat.)

2. Kenali Vending Mesin dan komponennya

3. Selenggaraan Vending mesin dan preventive maintenance.

4.Risiko dan kaedah menguruskan risiko dalam perniagaan Vending Machine.

5.Pengiraan kegunaan air dan elektrik untuk vending machine..

6.Pemilihan tapak/lokasi,perjanjian sewaan tapak dan teknik rundingan tapak.

7.Pemilihan supplier dan pengilang dan lawatan berkaitan.

8.Mengembangkan Perniagaan Vending Mesin anda.

9.Tips,rahsia dan petua berguna.

Bagi yang berminat boleh hubungi saya melalui
012-7292850 (wan) –(tertakluk kelapangan saya.).lokasi –putrajaya.

Sunday, November 13, 2016

Personal coaching vending machine Bersama cik ain dan Tuan hamizan

2 kelas personal coaching telah diadakan bersama cik ain dari cyberjaya dan tuan hamizan dari kajang.cik ain merupakan seorang student perubatan sebuah universiti yang ingin mendalami tentang ilmu vending machine dan ingin menjadi pengusaha part time vending machine.tuan hamizan, seorang kakitangan swasta pula tertarik dengan mesin cup dan berjumpa saya untuk mendapatkan mklumat lanjut ttg jenis2 perniagaan vending.terima kasih diucapkan dan semiga mereka beroleh manafaat dari sessi personal coaching tersebut.



UNTUK MAKLUMAT LANJUT MENGENAI VENDING MACHINE SILA HUBUNGI :012-7292850(WAN)

Wednesday, October 26, 2016

Kegagalan saya dalam mengusahakan mesin air tin (can vending machine).-pengalaman saya sendiri dan rakan2.

Kegagalan saya dalam mengusahakan mesin air tin (can vending machine).-pengalaman saya sendiri dan rakan2.

Saya pernah menceburkan diri dalam mengusahakan mesin air tin (can vending machine),namun ianya hanya bertahan kurang lebih enam bulan sahaja sebelum mesin tersebut saya jual beserta lokasi untuk meminimumkan kerugian.Mungkin dengan perkongsian ini dapat membantu mereka yg ingin menceburi diri dalam bidang vending membuat pertimbangan sewajarnya sebelum terjun dalam bidang ini.Amaran-ini adalah pengalaman saya sendiri,mungkin pengusaha lain mempunyai pengalaman tersendiri.Anda dinasihatkan membuat penilaian sendiri sebelum terjun ke bidang vending ini. antara faktor2 yg mendorong saya menjual mesin tersebut adalah:

1.Service selepas jualan yg teruk dari pembekal-janji datang servis slps 1 hari tapi sampai 2mggu pun belum tentu sampai lagi...

2.Kejadian vendalism yg agak kerap hinggakan mesin pernah disimbah denan air...short circuit main board...

3.Gelagat pelanggan-duit kertas pun dilipat2 untuk dimasukkan dlm coin slot mesin...bila sangkut sebelah malam berderinglah HP saya hingga pagi...

4.Manual mesin yg tidak mesra pengguna-manual mesin refurbish dlm bahasa jepun...saya belum sempat blajar bahasa jepun.hehe

5.Persaingan syarikat2 besar-anda jual 1tin rm1.50...permanis dan atlas vending bulih jual setin rm1 sahaja sebab mereka big player...lepas 2-3 bulan bungkuslah business kita...tk tahan bersaing..

6.Harga stok yg tidak tetap-nak beli stok kat mana yg murah sekarang ni tambah gst lagi...hancur..

7.Citarasa pengguna yg berubah2-kita tak boleh customer terus minum coke selama2nya..kdang2 nk dapatkan selera customers...sy panggil tuning taste...kdang2 berbulan try n error..

8.Tak tahan lagi customer call hingga habis bateri HP-bila duit sangkut klau malam HP berdering hingga pagi...jika siang saya ada meeting HP vibrate sampai habis bateri...aduyai...

9.Tak tahan kekuatan pinggang untuk re-stok air tin dlm mesin-mesin saya ada 42 selection...satu selection 29-38tin...so bulih kira sendiri brapa tin diperlukan...berkaton2..kereta 4x4 saya pun terpaksa tukar suspension...belum lg kira sakit belakang...

Ini merupakan beberapa masalah yg saya hadapi...selain dari kna pow JMB,masalah penukaran syilling,perihal kegunaan eletrik ,sewa tapak dan pelbagai masalah kecil lain...jika nk tahu lebih detail bolehlah hubungi saya.cerita dlm blog tkkan larat nak menaip...hehe..cuma pesan saya kepada yg baru berjinak2 dgn business ini...jangan lokek untuk tuntut ilmu sebelum memulakan sesuatu business...

Monday, September 26, 2016

Penyelesaian masalah pengusaha water vending machine- en.hafiz dari perlis menerusi personal coaching water vending machines.

Alhamdulillah...setelah sanggup datang ke putrajaya untuk mendapatkan personal coaching berkenaan vending machine,en.hafiz telah mempraktikkan ilmu yg dikongsikan kepada beliau.masalah vendalism dan slow water flow di mesin beliau dapat diselesaikan.alhamdulillah..berikut merupakan gambar mesin en.hafiz di Perlis dan kata2 penghargaan dari beliau:




Saturday, September 24, 2016

Water Vending Machine Personal Coaching

Water Vending Personal Coaching

Water Vending personal coaching telah diwujudkan oleh saya untuk membantu bakal2 pengusaha baru vending machine dan mereka yg telah memiliki vending machine namun menghadapi pelbagai masalah.Personal Coaching ini dilakukan secara BERSEMUKA SAHAJA (bukan sms/wassap/email/phone).nak berguru dan meminta bantuan mestilah berjumpa.Sessi Personal Coaching akan dikenakan sedikit bayaran bergantung persetujuan kedua2 pihak.Masa juga boleh ditetapkn oleh kedua2 pihak.Jika berminat boleh menghubungi saya secara peribadi di 012-7292850(WAN).Lebih baik anda laburkan wang yg kecil ke ilmu perniagaan dari mengalami risiko kerugian puluhan ribuan ringgit apabila terjebak di dalam sesuatu perniagaan.(risiko di tangan anda untuk memilih).

Objektif Personal Coaching

1.Dapat membantu membimbing mereka yang baru ingin menceburi perniagaan vending machine dengan pengalaman dan ilmu pengusaha vending machine yg telah 7 tahun berkecimpung dalam perniagaan ini.(sejak 2009)

2.Dapat belajar/berguru secara bersemuka(face to face) dengan pengusaha mesin air berpengalaman tanpa dipengaruhi faktor jualan.(bukan penjual mesin).

3.Dapat membantu anda membuat penilaian risiko terhadap perniagaan ini sebelum menceburi perniagaan ini..(jangan beli mesin tanpa ilmu pengendalian dan penyelenggaraan).

4.Membantu untuk  anda menilai komitment,kebolehpercayaan dan intergriti pembekal/penjual mesin yg berurusan dengan anda.

5.Sebagai salah satu fast track untuk anda mengetahui lebih banyak maklumat mengenai perniagaan vending machine ini dan cabaran semasa perniagaan ini.

6.Dapat membantu pengusaha2 yg bermasalah dan telah ditipu@sebagainya untuk dapatkan cara penyelesaian atau cara bangkit semula dari permasalahan tersebut melalui khidmat nasihat secara bersemuka.

7.membolehkan bakal pengusaha menyertai jaringan pengusaha2 yg terdiri dari mentee2(anak didik) saya dalam berkongsi pengalaman ,ilmu dan pandangan serta mengusahakan perniagaan ini secara berkumpulan.

8.Membolehkan pengusaha baru/lama mempunyai rujukan jika berhadapan dengan permasalahan dalam perniagaan vending machine.

9.Membantu pengusaha vending machine berdikari dalam menguruskan operasi perniagaan vending machine biarpun supplier atau technician anda lari malam...hehe.

Friday, September 23, 2016

Pemasangan Tambahan Vending Mesin secara D.I.Y di Kepala Batas,Pulau Pinang Mesin En.Yusri-mentee

Alhamdulillah dan tahniah diucapkan kepada en.Yusri dari Penang dengan penambahan mesin di Kepala Batas.Menariknya mesin tersebut berjaya dipasang dan beroperasi tanpa bantuan technician.Dah pandai berdikari tuan yus kita ni...selamat maju jaya tuan.Saya berbangga dengan pencapaian tuan.terbaik.




Saturday, August 27, 2016

Sessi vending personal coaching bersama en.rahim,En.Syah dan En.hafiz di putrajaya

Alhamdulillah....DUA sessi personal coaching telah diadakan bagi en.shah dan en.rahim dari selayang/kota damansara di sebelah petang dan bagi tuan hafiz dari perlis di sebelah malamnya....bagi en.syah dan en.rahim mereka baru ingin menceburkan diri dalam dunia vending....manakala en.hafiz telah mempunyai sebuah mesin dan inginkan pendapat dalam menangani vendalism  yang beliau hadapi dan proses pengembangan perniagaan dan jaringan-network...syabas atas kesungguhan tuan2 dan semoga berjaya dalam business vending ini.

P/s....gambar bersama en.hafiz lupa nk tangkap dok sibuk berbual...maaf yer....



Tuesday, August 16, 2016

Lawatan sessi personal coaching ke tempat supplier dan sessi pengenalan bersama technical teams.

Satu sessi lawatan ke tempat supplier telah diadakan menerusi slot personal coaching.lawatan tersebut dapat mendedahkan peserta dengan supplier,berkenalan dengan technical teams dan meluaskan jaringan network terutamanya sparepart dan pendedahan kepada mesin2 terkini.


Wednesday, July 27, 2016

Sessi personal coaching bersama en.fadhil dari sepang.

Objektif
1.Mendapat pendedahan awal tentang bisness Water vending Mesin dan menilai risiko,peluang dan ancaman yang terlibat sebelum memulakan bisness ini.
2.Menimba ilmu dan pengalaman secara langsung dan realtime dari pengusaha Water Vending Mesin.
3.Mewujudkan jaringan persahabatan bagi mereka yang mempunyai minat bisness yang sama.

Modul Pembelajaran
1. Pengenalan Asas tentang Water Vending Machine. (Jenis,spesifikasi ,system
penurasan,Pulangan Modal dan kos2 terlibat.)
2. Kenali Vending Mesin dan komponennya
3. Selenggaraan Vending mesin dan preventive maintenance.
4.Risiko dan kaedah menguruskan risiko dalam perniagaan Vending Machine.
5.Pengiraan kegunaan air dan elektrik untuk vending machine..
6.Pemilihan tapak/lokasi,perjanjian sewaan tapak dan teknik rundingan tapak.
7.Pemilihan supplier dan pengilang dan lawatan berkaitan.
8.Mengembangkan Perniagaan Vending Mesin anda.
9.Tips,rahsia dan petua berguna.

Bagi yang berminat boleh hubungi saya melalui
012-7292850 (wan) –(tertakluk kelapangan saya.).lokasi –putrajaya.


Sessi personal coaching bersama en.fadhil dari salak tinggi.telah menghadiri 2 sessi PC.

Saturday, July 23, 2016

Carian Tapak mesin untuk en.Aziz dari Pinggiran putra

Alhamdulillah setelah site survey dijalankan...en.aziz,mentee terbaru saya telah berjaya mendapatkan 2 tapak bg memulakan pendapatan pasif menerusi vending machine.Beliau telah memperolehi tapak di puchong dan sri kembangan.tahniah di ucapkan.
Sedikit pemberitahuan: bagi mereka yg ingin memiliki account semasa syarikat,tapi sukar mendapatkan introducer...company saya boleh menjadi introducer untuk maybank dan cimb.sila layari blog saya www.kaya-knowledge.blogspot.com.

Wednesday, May 18, 2016

Penambahan mesin en.azrul disekitar puchong,putra perdana dan kota warisan...

Alhamdulillah dan tahniah en.azrul dengan penambahan lagi 3 biji mesin vending di puchong,putra perdana dan kota warisan.en.azrul telah memiliki 5 buah mesin setakat ini.tahniah dan semoga bisness berkembang maju.amin...


Saturday, May 14, 2016

Permasalahan pengusaha drinking vending machine-pengalaman saya sendiri setelah 7 tahun berkecimpung dalam business vending machine.

Setiap jenis perniagaan mempunyai cabaran atau permasalahan sendiri dalam mengendalikan perniagaan tersebut.sebagai pengusaha/operator pengendali vending machine saya jugs tidak dapat lari dari permasalahan2 tersebut.pada saya pula masalah kita perlu hadapi dan bukannya lari dari masalah tersebut.mungkin dengan perkongsian sy ini akan membantu mereka yg berminat atau telah berkecimpung dalam business ini untuk memahami dan mengurus perniagaan dengan lebih baik.

1.cabaran pertama-pemilihan supplier dan penjual mesin yg baik servis selepas jualannya.Selalunya dalam membeli sesebuah mesin layandiri berbayar kebanyakkan pemilik baru akan mencari harha yg paling murah dan promosi yg gempak yg dilakukan oleh penjual/supplier mesin.Namun ramai yg tertipu oleh janji manis penjual.mesin tk sampai setahun pun dah rosak,apabila dihubungi mereka berikan jutaan alasan untuk servis atau baiki mesin anda.perkara yg sangat penting dalam memilih supplier ialah servis selepas jualan.saya baru berurusan,camner nk tahu reputasi supplier?bgus...senang sahaja...minta sekurangnya 5 contact pelanggan terdahulu.contact@jumpa mereka dan tanya prestasi supplier tersebut.jadi senang pecah tembelang/temberang supplier yg gimik jer lebih.(saya telah berurusan dgn 14 supplier dilembah klang sepanjang berbisness 7 tahun,hanya 3 yg masih saya berurusan.yg lain...bertanam tebu dipinggir bibir shj!!!...


2.lokasi dan pemilik premis-lokasi memang memainkan peranan penting dalam menjana hasil kutipan sesebuah mesin,namun begitu adalah sukar untuk menyakinkan pemilik atau owner premis untuk membolehkan kita menumpang niaga dipremis mereka apatah lagi kita seseorg yg baru ingin bermula niaga.ketakutan mereka meliputi kegunaan air dan eletrik,kecurian mesin dan gantirugi dan paling ditakuiti tindakan pihak berkuasa seperti majlis perbandaran.

3.perlesenan dan pihak berkuasa-Ramai yang tidak mengetahui dan segelintir pembekal/penjual sekali2 tidak memberi tahu tentang pelbagai lesen yg perlu dimiliki oleh anda sebelum memulakan business ini.lesen majlis bandaran seperti lesen penjaja dan lesen siar kakilima diperlukan untuk letakkan mesin,lesen jabatan sukat dan timbang,lesen kementerian kesihatan,lesen niaga SSM dan juga persijilan SIRIM bagi mesin anda.jika tidak mematuhinya mesin anda akan disita dan paling malang mesin anda diangkut oleh majlis bandaran.

4.vendalism dan mesin di kopak-kejadian mesin anda dipecah/dikopak merupakan asam garam dalam perniagaan vending ini.selain dari langkah2 pencegahan dan pengurusan risiko yg bijak dapat meminumumkan kerugian dan kerosakkan.disinilah kita akan belajar ttg pengalaman merupakan guru yg terbaik.vendalism pula mengajar kita kesabaran yg tinggi dan kaedah pencegahan yg terbaik melalui pengalaman pengusaha yang lain.buat bisness dalam grouping bukan lone rangers...

5.Tukaran syilling ke wang kertas-mungkin perkara ini agak remeh bg pengusaha baru yang memiliki 1-2 mesin.boleh tukar dibank dan kedai mamak.tapi klau mesin anda 20-30 biji.seminggu kutipan rm50 shj pun dah ada rm1000 syilling.dari pengalaman saya rm800 pun dah kna 2 org angkat syilling untuk ke bank.belum lagi untuk mengira dan bank taknak trima syilling kerana mesin rosak dan sebagainya.cara terbaik perlu ada consigment dengan pasaraya seperti speed mart atau kdai 24jam.

6.Alat ganti/komponen mesin-tidak semua komponen mesin ada dengan supplier...mgkin sesetengah tu kna order dari luar negara.jgn biarkan mesin anda tersadai dan pelanggan lari.jika sesetengah komponen itu kritikal beli sebagai spare part tambahan.


8.perkara remeh perlu belajar selesaikan sendiri-kebanyakkan supplier bila berkunjung ke tempat anda akan mengenakan bayaran.ini termasuk kerja mudah Setting duit baru,isipadu air coin slot tersumbat mahupun tukar filter.jika sekali berkunjung charge rm100..5 kali kunjungan akan buatkan anda masuk angin keluar asap bulan tu.

Sudah panjang lebar entry saya kali ini...saya akan sambung lagi kemudian...semoga beroleh manafaat.



Sunday, May 1, 2016

Pemasangan mesin mentee terbaru saya-en.nazri dikawasan kuala lumpur dan bangi.

Alhamdulillah...tahniah diucapkan kepada mentee saya en.nazri kerana telah berjaya tamat latihan dan memulakan business vending machine.mesin beliau diletakkan dijalan lumut kl dan bandar baru bangi.selamat menjana pendapatan pasif dan selamat berjaya diucapkan.





Wednesday, April 27, 2016

Servis carian dan negosasi tapak bagi en.azrul(tambah mesin) dan en.nazri (mentee baru).

Untuk mendapatkan tapak untuk meletakkan mesin merupakan pekara yg agak sukar.Ramai yg tidak mengetahui saya menjalankan servis untuk dapatkan tapak vending kepada kenalan dan mentee2 saya sahaja.en.azrul telah mengorak langkah dalam mengusahakan vending machine.beliau telah menambah mesin ke tiga,empat dan lima di kawasan puchong dan kota warisan.saya telah membantu bagi mendapatkan tapak dikawasan2 tersebut.tahniah en.azrul.berkat kesungguhan dan semangat usahawan sebenar.Bagi en.nazri pula sebagai pendatang baru dalam dunia vending machine saya telah membantu untuk mendapatkan 2 tapak untuk beliau iaitu di bangi dan setiawangsa.satu permulaan yg baik bagi beliau.dengan ilmu yg telah dipelajari di kelas2 saya diharap beliau akan terus berjaya dalam bisness ini.bagi mereka yg inginkan bantuan saya untuk perolehan tapak bolehlah menghubungi saya untuk membantu anda dalam perolehan tapak ini.mmg agak sukar bagi mendapatkan tapak bagi mereka yg baru dalam bidang vending ini.





Tuesday, April 12, 2016

Perjumpaan petang dan sessi perkongsian ilmu dengan dua orang sahabat dari kedah dan pulau pinang yang berminat mendalami ilmu vending.

Alhamdulillah ini merupakan sessi kedua saya bersama2 en.Naim(dari Kedah) dan En.Hafiz (dari Pulau Pinang) di sessi perjumpaan petang dan perkongsian ilmu.Kami telah berjumpa  di Marina Putrajaya.Kesungguhan dua tenaga pengajar ini dalam meluangkan masa untuk bertemu saya disamping menghadiri kursus jawatan hakiki mereka amat di kagumi.Semangat untuk belajar ilmu baru dan masa yang diluangkan semoga menjadikan mereka seorang usahawan berjaya di dalam bidang vending machine kelak.Semoga lebih ramai orang yang ingin berkecimpung dalam bidang vending ini dapat melakukan perkara yang sama supaya mendapat berkat dalam bidang yang diceburi.Saya telah berkongsi dengan mereka tentang pengetahuan asas vending dan Presentation tentang R.O.I vending machine melalui pengalaman dan rekod2 lepas mesin saya.Semoga bermanafaat.





Wednesday, March 16, 2016

Perjumpaan sessi petang dan waktu untuk terbaik untuk menghubungi saya.

Alhamdulillah....saya masih dikuriakan kesihatan yang baik untuk berkongsi ilmu yang dipinjamkan Allah kepada saya.Anak kesayangan saya pun semakin membesar dan telah berusia 7 bulan kini,alhamdulillah.Saya rasa tibalah masanya saya memanafaatkan sedikit masa yang saya ada untuk berkongsi ilmu dan pengalaman yang saya ada khususnya kepada mereka yang baru ingin menceburi bidang vending ini.Kelas Pembelajaran vending tidak dapat saya teruskan kerana masa saya lebih kepada keluarga dan pengembangan business saya sekarang ni.kerjaya pula alhamdulillah hanya melibatkan office hour dan outstation diserahkan kepada mereka yang lebih junior.Mungkin ini keberkatan yang Allah berikan apabila kita mudahkan urusan orang,InsyaAllah ,Allah akan mudahkan urusan kita.
      Di kesempatan ini saya ingin mengajak anda semua yang berminat untuk mendalami bidang vending,belajar ilmu dan pengalaman vending,berkongsi pengalaman saya dan anda serta jika memounyai maslah berkaitan vending.Bolehlah berjumpa dengan saya sewaktu petang selepas waktu saya habis bekerja.Untuk belajar sesuatu ilmu dan pengalaman,anda perlu berguru.untuk berguru anda mestilah bersemuka.Maklumat berkenaan tempat perjumpaan adalah seperti berikut:

Masa : 430ptg-6ptg setiap hari bekerja
            1130pagi-3ptg sabtu@ahad.
Tempat : PICC Putrajaya dan sekitarnya.
P/S : Perlu confirmkan sehari lebih awal untuk saya aturkan shadule saya.
no.tel-012-7292850

Semoga perjumpaan ini dapat memberi manafaat kepada mereka yang menghubungi saya dan bertanyakan tentang vending dan berminat untuk menceburi bidang vending ini.

Bagi mereka yang berada jauh dan ingin menghubungi saya,bolehlah menelefon saya pada 11malam hingga 12 malam (anak saya dah tido) untuk bersembang tentang vending machine ini.saya tidak melayan sebarang SMS atau wassap,kerana better bercakap jika anda serius.nak dapat sesuatu yang berharga kena investlah ckit wlaupun top up handphone.

diharapkan melalui cara ini dapat membantu mereka yang memerlukan pertolongan dan bantuan dalam memulakan business vending machine ini.terima kasih.

Alhamdulillah business vending saya berkembang maju sehingga saya layak menjadi introducer akaun semasa syarikat.setakat ini lebih 300 company yang telah saya bantu introduce akaun semasa maybank mereka dan telah lulus pun.jika anda memerlukan bantuan serupa anda boleh layari blog introducer saya ini.....http://kaya-knowledge.blogspot.my...untuk maklumat lanjut.terima kasih.

Wednesday, January 20, 2016

Kelebihan Water Vending berbanding can vending machine (pengalaman saya sendiri)

Ramai yang menghubungi saya dan bertanyakan tentang perbezaan perniagaan water vending machine dan can vending machine.Apa kelebihan dan kekurangannya.Disini saya ingin kongsikan pengalaman saya sendiri setelah pernah menceburi can vending machine dan can vending machine.Saya telah memulakan perniagaan ini pada jan 2009 dengan can vending machine.namun setelah 6 bulan beroperasi,mesin air tin terpaksa saya jual dengan kerugian.Harga belian RM24K harga jual hanya RM22K.NAmaun water vending masih kekal sehingga sekarang,tahun 2016.kenapa?mari saya kongsikan pengalaman saya.

1.Vending can perlukan komitment yang tinggi untuk refil air,maintainace tinggi dan melayan gelagat pengguna.kita tidak boleh paksa pelanggan minum air yang sama setiap hari.perisanya harus kerap ditukar untuk kepuasan pelanggan.untuk refil air pula perlukan masa dan perlu angkut air tin menggunakan kenderaan yang tahan lasak.24can dah brapa kilo tuan.klau mesin tu 42 selection.42 jenis air.masak kereta kita.eksober pun ranap.note acceptor harganya sehingga RM1200,jika dicalar duit tidak boleh terima dan tiada sales sehingga ditukar.

2.Bagi water vending pula,air supply direct dari paip syabas sahaja.tidak perlu diangkut.coin acceptor hanya RM120-180/pcs.pelanggan boleh pilih untuk masak air untuk jadikan apa2 air yang mereka suka.tiada kerja berat dan hanya perlu tukar filter secara berkala.

3.Bagi persaingan pula,can vending ada big2 player seperti PERMANIS dan FnN yang hasilkan air tin untuk jualan.jika mesin mereka diletakkan disebelah mesin kita.sebulan dua bungkuslah kita.kita jual air tin RM1.50,mereka jual RM1.00 sehingga kita bungkus.Sekarang ini pula jangan lupa untuk tambahkan kos GST dalam setiap tin anda.

4.Bagi mesin tapisan air pula,saingan terhebat adalah air mineral/air minuman botol yang harganya jauh lebih tinggi.sepastinya kita boleh menang dari segi harga seliter.botol 1.5L dijuaL RM2.00,TAPI DENGAN MESIN HANYA 20SEN!!!

5.Mesin tyin kebanyakkan beroperasi menggukan program bahasa jepun,kerana kebanyakkan di refurbish dari Jepun,.Adakah anda mahir atau tahu bahasa jepun selain technician anda yang belum tentu free apabila anda ditimpa kesusahan mahupun setting harga baru air anda.

6.Bagi water vending pula,mesin hanya beroperasi menggunakan PLC yang mudah dan manual bahasa inggeris.So lebih mudah anda kendalikannya.

7.Tentang ketenteraman anda pula,selalunya bila mesin tin anda sangkut wang pelanggan mereka akan call sehingga anda respond sebab nilainya besar.pernah telefon saya habis bateri ketika pelanggan call untuk minta wang yang sangkut dalam mesin namun saya dalam meeting dari pkul 2ptg hingga 6 ptg.huhu...pkul 3 pagi pun akan da orang call jika duit sangkut dan mengganggu waktu rehat/tidur kita.

8.Bagi water vending pula,jika duit sangkut kita hanya bagitau tuan premis/kedai untuk gantikan wang atau masuk wang ke mesin supaya customer dapat mengambil air.hujung minggu kita boleh mennganti semula kepada owner premis.mudahkan!

Banyak lagi pengalaman2 dan maklumat yang saya boleh kongsikan namun masa terhad seperti vendalism mesin,kos air dan electrik,gelagat/ragam pengguna,masa restock,perbezaan keuntungan,penjimatan masa dan tenaga,proses mendapatkan tapak,perjanjian sewaan/komisyen,lokasi sewaan,perbezaan harga spare part dan lain2 pengalaman saya mengendalikan kedua2 jenis mesin ini.mungkin saya boleh huraikan dilain kali.terima kasih.semoga pos ini dapat membantu anda semua.terima kasih.

Saturday, January 2, 2016

Selamat Tahun Baru 2016 dan cabaran bisness vending machine 2016.

Selamat menyambut tahun baru 2016.Semoga tahun ini membawa lebih rezeki dan keberkatan kepada kita semua.Bagi usahawan trading and services...alhamdulillah tahun ini masuk tahun ke tujuh kami beroperasi.Dengan 26 Mesin yang telah dimiliki oleh syarikat,alhamdulillah pemilik syarikat masih meneruskan kerjaya sebagai penjawat awam di agensi kerajaan tanpa menjejaskan prestasi.Sesuai dengan konsep partime business ini yang boleh dijalankan pada sabtu atau ahad sahaja tanpa meninggalkan kerjaya tetap anda.Mengenai Mentee2 pula,alhamdulillah sudah 24 mentee seluruh negara yang telah berjaya berkecimpung dalam business ini ,hasil kelas perkongsian ilmu yang dijalankan dengan lebih 50 biji mesin telah beroperasi dalam menambahkan pasif income kepada  mereka yang tekun dan sabar menimba ilmu sehingga berjaya.Kelas perkongsian ilmu juga telah dikurangkan dari masa ke semasa kerana tugas mengajar ilmu pengetahuan ini  akan diteruskan oleh mentee2 saya.Saya pula boleh fokuskan kepada pengembangan business,keluarga dan kerjaya 2016.Namun begitu kelas2 peringkat advance dan intermediate akan saya jalankan bila ada masa lapang.
   Cabaran bagi tahun 2016 pula ialah kos pengendalian mesin akan meningkat termasuk filter dan part2 yang lain.Harga2 mesin juga akan menaik akibat kejatuhan nilai wang (body kebanyakan di import).Cabaran carian tapak juga akan meningkat kerana harga sewaan yang meningkat dan lokasi yang semikin tepu akibat ramai mereka yang telah VSS menceburi bidang ini untuk kelangsungan hidup.Tidak  dilupakan juga cabaran KKM yang memulakan penguatkuasaan lesen mesin air vending untuk 2016 ini.Jangan lupa apply lesen ye.sedikit tips untuk anda.pasang UV Sterilizer bagi memudahkan mesin anda lulus water lab test KKM.Knapa?boleh refer kelas saya atau mentee2 saya....Selamat Memulakan perjuangan 2016!!!