Monday, September 26, 2016

Penyelesaian masalah pengusaha water vending machine- en.hafiz dari perlis menerusi personal coaching water vending machines.

Alhamdulillah...setelah sanggup datang ke putrajaya untuk mendapatkan personal coaching berkenaan vending machine,en.hafiz telah mempraktikkan ilmu yg dikongsikan kepada beliau.masalah vendalism dan slow water flow di mesin beliau dapat diselesaikan.alhamdulillah..berikut merupakan gambar mesin en.hafiz di Perlis dan kata2 penghargaan dari beliau:




Saturday, September 24, 2016

Water Vending Machine Personal Coaching

Water Vending Personal Coaching

Water Vending personal coaching telah diwujudkan oleh saya untuk membantu bakal2 pengusaha baru vending machine dan mereka yg telah memiliki vending machine namun menghadapi pelbagai masalah.Personal Coaching ini dilakukan secara BERSEMUKA SAHAJA (bukan sms/wassap/email/phone).nak berguru dan meminta bantuan mestilah berjumpa.Sessi Personal Coaching akan dikenakan sedikit bayaran bergantung persetujuan kedua2 pihak.Masa juga boleh ditetapkn oleh kedua2 pihak.Jika berminat boleh menghubungi saya secara peribadi di 012-7292850(WAN).Lebih baik anda laburkan wang yg kecil ke ilmu perniagaan dari mengalami risiko kerugian puluhan ribuan ringgit apabila terjebak di dalam sesuatu perniagaan.(risiko di tangan anda untuk memilih).

Objektif Personal Coaching

1.Dapat membantu membimbing mereka yang baru ingin menceburi perniagaan vending machine dengan pengalaman dan ilmu pengusaha vending machine yg telah 7 tahun berkecimpung dalam perniagaan ini.(sejak 2009)

2.Dapat belajar/berguru secara bersemuka(face to face) dengan pengusaha mesin air berpengalaman tanpa dipengaruhi faktor jualan.(bukan penjual mesin).

3.Dapat membantu anda membuat penilaian risiko terhadap perniagaan ini sebelum menceburi perniagaan ini..(jangan beli mesin tanpa ilmu pengendalian dan penyelenggaraan).

4.Membantu untuk  anda menilai komitment,kebolehpercayaan dan intergriti pembekal/penjual mesin yg berurusan dengan anda.

5.Sebagai salah satu fast track untuk anda mengetahui lebih banyak maklumat mengenai perniagaan vending machine ini dan cabaran semasa perniagaan ini.

6.Dapat membantu pengusaha2 yg bermasalah dan telah ditipu@sebagainya untuk dapatkan cara penyelesaian atau cara bangkit semula dari permasalahan tersebut melalui khidmat nasihat secara bersemuka.

7.membolehkan bakal pengusaha menyertai jaringan pengusaha2 yg terdiri dari mentee2(anak didik) saya dalam berkongsi pengalaman ,ilmu dan pandangan serta mengusahakan perniagaan ini secara berkumpulan.

8.Membolehkan pengusaha baru/lama mempunyai rujukan jika berhadapan dengan permasalahan dalam perniagaan vending machine.

9.Membantu pengusaha vending machine berdikari dalam menguruskan operasi perniagaan vending machine biarpun supplier atau technician anda lari malam...hehe.

Friday, September 23, 2016

Pemasangan Tambahan Vending Mesin secara D.I.Y di Kepala Batas,Pulau Pinang Mesin En.Yusri-mentee

Alhamdulillah dan tahniah diucapkan kepada en.Yusri dari Penang dengan penambahan mesin di Kepala Batas.Menariknya mesin tersebut berjaya dipasang dan beroperasi tanpa bantuan technician.Dah pandai berdikari tuan yus kita ni...selamat maju jaya tuan.Saya berbangga dengan pencapaian tuan.terbaik.