Kereta

Wednesday, April 27, 2016

Servis carian dan negosasi tapak bagi en.azrul(tambah mesin) dan en.nazri (mentee baru).

Untuk mendapatkan tapak untuk meletakkan mesin merupakan pekara yg agak sukar.Ramai yg tidak mengetahui saya menjalankan servis untuk dapatkan tapak vending kepada kenalan dan mentee2 saya sahaja.en.azrul telah mengorak langkah dalam mengusahakan vending machine.beliau telah menambah mesin ke tiga,empat dan lima di kawasan puchong dan kota warisan.saya telah membantu bagi mendapatkan tapak dikawasan2 tersebut.tahniah en.azrul.berkat kesungguhan dan semangat usahawan sebenar.Bagi en.nazri pula sebagai pendatang baru dalam dunia vending machine saya telah membantu untuk mendapatkan 2 tapak untuk beliau iaitu di bangi dan setiawangsa.satu permulaan yg baik bagi beliau.dengan ilmu yg telah dipelajari di kelas2 saya diharap beliau akan terus berjaya dalam bisness ini.bagi mereka yg inginkan bantuan saya untuk perolehan tapak bolehlah menghubungi saya untuk membantu anda dalam perolehan tapak ini.mmg agak sukar bagi mendapatkan tapak bagi mereka yg baru dalam bidang vending ini.





Tuesday, April 12, 2016

Perjumpaan petang dan sessi perkongsian ilmu dengan dua orang sahabat dari kedah dan pulau pinang yang berminat mendalami ilmu vending.

Alhamdulillah ini merupakan sessi kedua saya bersama2 en.Naim(dari Kedah) dan En.Hafiz (dari Pulau Pinang) di sessi perjumpaan petang dan perkongsian ilmu.Kami telah berjumpa  di Marina Putrajaya.Kesungguhan dua tenaga pengajar ini dalam meluangkan masa untuk bertemu saya disamping menghadiri kursus jawatan hakiki mereka amat di kagumi.Semangat untuk belajar ilmu baru dan masa yang diluangkan semoga menjadikan mereka seorang usahawan berjaya di dalam bidang vending machine kelak.Semoga lebih ramai orang yang ingin berkecimpung dalam bidang vending ini dapat melakukan perkara yang sama supaya mendapat berkat dalam bidang yang diceburi.Saya telah berkongsi dengan mereka tentang pengetahuan asas vending dan Presentation tentang R.O.I vending machine melalui pengalaman dan rekod2 lepas mesin saya.Semoga bermanafaat.