Kereta

Sunday, September 6, 2015

UPDATED KELAS PERKONGSIAN ILMU DAN PRAKTIKAL MARATHON - 6 SEPTEMBER 2015 (AHAD)

Alhamdulillah kelas Perkongsian ilmu dan Praktikal (Versi Marathon) telah selamat dijalankan  pada 6 september 2015 bermula pada 8 pagi dan berakhir pada 7 malam.Kelas dihadiri oleh peserta2 iaitu En.Yus dari PENANG,En.Hanif dari manjung Perak,En.Fendi dari Ipoh ,En.Hazwan dari Gombak,En.Mat dari Melaka dan En.Syed dari Jalan Putra Kuala Lumpur.Kelas di mulakan dengan berkumpul di PETRONAS PRESINT 18 Putrajaya dan bersarapan di pinggiran putra serta sessi pendedahan awal tentang business vending machine,sistem penurasan/tapisan,ROI dan beberapa perkara berkaitan.







Setelah sessi tersebut peserta dibawa melawat ke mesin2 saya untuk mengenali vending mesin dan komponen2nya.









setelah makan tengahari dan bersissi soal-jawab.para peserta di bawa melawat kilang pemasangan mesin yang terletak di KLANG dan kelas telah berakhir pada jam 7 Malam...Terima kasih kepada semua yang terlibat dan semoga ilmu ini dapat dikembangkan lagi keseluruh negara.

Tuesday, September 1, 2015

KELAS PERKONGSIAN ILMU DAN PRAKTIKAL MARATHON - 6 SEPTEMBER 2015 (AHAD)

Bagi memenuhi permintaan dari peserta yang datang jauh dari perak dan kerana lama dah tak buat kelas saya dengan ini akan mengadakan satu kelas marathon (dari pagi hingga petang) pada Ahad bersamaan 6 september 2015.Kelas bermula 730 pagi dan akan tamat selewat2nya malam bagi berkongsi maklumat dan pengalaman berkaitan vending machine.tuan/puanyangt berminat adalah dijemput hadir  untk sama2 belajar tentang selok belok perniagaan vending dan pendedahannya.Tempat berkumpul adalah PETRONAS PRESINT 18 PUTRAJAYA.Sebarang maklumat lanjut boleh hubungi saya.012-7292850.(wan)

Modul Pembelajaran
1. Pengenalan Asas tentang Water Vending Machine. (Jenis,spesifikasi ,system
penurasan,Pulangan Modal dan kos2 terlibat.)
2. Kenali Vending Mesin dan komponennya
3. Selenggaraan Vending mesin dan preventive maintenance.
4.Risiko dan kaedah menguruskan risiko dalam perniagaan Vending Machine.
5.Pengiraan kegunaan air dan elektrik untuk vending machine..
6.Pemilihan tapak/lokasi,perjanjian sewaan tapak dan teknik rundingan tapak.
7.Pemilihan supplier dan pengilang dan lawatan berkaitan.
8.Mengembangkan Perniagaan Vending Mesin anda.
9.Tips,rahsia dan petua berguna.

Pengembangan Kelas Perkongsian ilmu ke Utara Dan Selatan

Saya ingin memaklumkan kepada para pembaca blog saya tentang Pengembangan Kelas Perkongsian ilmu dan praktikal ke Negeri2 Utara dan Negeri Selatan atas inisiatif mentee2 saya dan pengusaha2 Vending Machine yang mempunyai Jaringan dengan saya.Mereka telah bersetuju untuk berkongsi ilmu dan pengalamam mereka secara percuma seperti yang saya lakukan untuk kembangkan jihad ekonomi ummah dan membolehkan lebih ramai lagi usahawan melibatkan diri dalam bidang perniagaan vending ini.Mereka adalah :

EN.YUS DAN WADI -PULAU PINANG

EN.KHAIRUL-MELAKA

EN.FADHLI- JOHOR

EN.HANIF - PERAK

Diharapkan dengan perkongsian ilmu dan pengalaman mereka akan memudahkan tuan/puan yang  tidak berkesempatan untuk menghadiri kelas saya atas kekangan masa akan mendapat manafaatnya.Bagaimanapun saya tidak dapat menyiarkan nombor telefon mereka atas dasar privasi.jika berminat bolehlah menghubungi saya dan saya akan memberikan contact atas persetujuan mereka.Terima Kasih.