Tuesday, April 12, 2016

Perjumpaan petang dan sessi perkongsian ilmu dengan dua orang sahabat dari kedah dan pulau pinang yang berminat mendalami ilmu vending.

Alhamdulillah ini merupakan sessi kedua saya bersama2 en.Naim(dari Kedah) dan En.Hafiz (dari Pulau Pinang) di sessi perjumpaan petang dan perkongsian ilmu.Kami telah berjumpa  di Marina Putrajaya.Kesungguhan dua tenaga pengajar ini dalam meluangkan masa untuk bertemu saya disamping menghadiri kursus jawatan hakiki mereka amat di kagumi.Semangat untuk belajar ilmu baru dan masa yang diluangkan semoga menjadikan mereka seorang usahawan berjaya di dalam bidang vending machine kelak.Semoga lebih ramai orang yang ingin berkecimpung dalam bidang vending ini dapat melakukan perkara yang sama supaya mendapat berkat dalam bidang yang diceburi.Saya telah berkongsi dengan mereka tentang pengetahuan asas vending dan Presentation tentang R.O.I vending machine melalui pengalaman dan rekod2 lepas mesin saya.Semoga bermanafaat.





1 comment:

  1. owh .....bagaimana selenggara dia ia dijalankan? maaf bertanya

    ReplyDelete