Saturday, May 14, 2016

Permasalahan pengusaha drinking vending machine-pengalaman saya sendiri setelah 7 tahun berkecimpung dalam business vending machine.

Setiap jenis perniagaan mempunyai cabaran atau permasalahan sendiri dalam mengendalikan perniagaan tersebut.sebagai pengusaha/operator pengendali vending machine saya jugs tidak dapat lari dari permasalahan2 tersebut.pada saya pula masalah kita perlu hadapi dan bukannya lari dari masalah tersebut.mungkin dengan perkongsian sy ini akan membantu mereka yg berminat atau telah berkecimpung dalam business ini untuk memahami dan mengurus perniagaan dengan lebih baik.

1.cabaran pertama-pemilihan supplier dan penjual mesin yg baik servis selepas jualannya.Selalunya dalam membeli sesebuah mesin layandiri berbayar kebanyakkan pemilik baru akan mencari harha yg paling murah dan promosi yg gempak yg dilakukan oleh penjual/supplier mesin.Namun ramai yg tertipu oleh janji manis penjual.mesin tk sampai setahun pun dah rosak,apabila dihubungi mereka berikan jutaan alasan untuk servis atau baiki mesin anda.perkara yg sangat penting dalam memilih supplier ialah servis selepas jualan.saya baru berurusan,camner nk tahu reputasi supplier?bgus...senang sahaja...minta sekurangnya 5 contact pelanggan terdahulu.contact@jumpa mereka dan tanya prestasi supplier tersebut.jadi senang pecah tembelang/temberang supplier yg gimik jer lebih.(saya telah berurusan dgn 14 supplier dilembah klang sepanjang berbisness 7 tahun,hanya 3 yg masih saya berurusan.yg lain...bertanam tebu dipinggir bibir shj!!!...


2.lokasi dan pemilik premis-lokasi memang memainkan peranan penting dalam menjana hasil kutipan sesebuah mesin,namun begitu adalah sukar untuk menyakinkan pemilik atau owner premis untuk membolehkan kita menumpang niaga dipremis mereka apatah lagi kita seseorg yg baru ingin bermula niaga.ketakutan mereka meliputi kegunaan air dan eletrik,kecurian mesin dan gantirugi dan paling ditakuiti tindakan pihak berkuasa seperti majlis perbandaran.

3.perlesenan dan pihak berkuasa-Ramai yang tidak mengetahui dan segelintir pembekal/penjual sekali2 tidak memberi tahu tentang pelbagai lesen yg perlu dimiliki oleh anda sebelum memulakan business ini.lesen majlis bandaran seperti lesen penjaja dan lesen siar kakilima diperlukan untuk letakkan mesin,lesen jabatan sukat dan timbang,lesen kementerian kesihatan,lesen niaga SSM dan juga persijilan SIRIM bagi mesin anda.jika tidak mematuhinya mesin anda akan disita dan paling malang mesin anda diangkut oleh majlis bandaran.

4.vendalism dan mesin di kopak-kejadian mesin anda dipecah/dikopak merupakan asam garam dalam perniagaan vending ini.selain dari langkah2 pencegahan dan pengurusan risiko yg bijak dapat meminumumkan kerugian dan kerosakkan.disinilah kita akan belajar ttg pengalaman merupakan guru yg terbaik.vendalism pula mengajar kita kesabaran yg tinggi dan kaedah pencegahan yg terbaik melalui pengalaman pengusaha yang lain.buat bisness dalam grouping bukan lone rangers...

5.Tukaran syilling ke wang kertas-mungkin perkara ini agak remeh bg pengusaha baru yang memiliki 1-2 mesin.boleh tukar dibank dan kedai mamak.tapi klau mesin anda 20-30 biji.seminggu kutipan rm50 shj pun dah ada rm1000 syilling.dari pengalaman saya rm800 pun dah kna 2 org angkat syilling untuk ke bank.belum lagi untuk mengira dan bank taknak trima syilling kerana mesin rosak dan sebagainya.cara terbaik perlu ada consigment dengan pasaraya seperti speed mart atau kdai 24jam.

6.Alat ganti/komponen mesin-tidak semua komponen mesin ada dengan supplier...mgkin sesetengah tu kna order dari luar negara.jgn biarkan mesin anda tersadai dan pelanggan lari.jika sesetengah komponen itu kritikal beli sebagai spare part tambahan.


8.perkara remeh perlu belajar selesaikan sendiri-kebanyakkan supplier bila berkunjung ke tempat anda akan mengenakan bayaran.ini termasuk kerja mudah Setting duit baru,isipadu air coin slot tersumbat mahupun tukar filter.jika sekali berkunjung charge rm100..5 kali kunjungan akan buatkan anda masuk angin keluar asap bulan tu.

Sudah panjang lebar entry saya kali ini...saya akan sambung lagi kemudian...semoga beroleh manafaat.



6 comments:

  1. Salam..boleh tak tuan syer lebih skit hal berkaitan topik lesen yg pelbagai kita kena dapatkan sebelum kita strt biz vending ni..thanks Elias Penang

    ReplyDelete
  2. Salam..boleh tak tuan syer lebih skit hal berkaitan topik lesen yg pelbagai kita kena dapatkan sebelum kita strt biz vending ni..thanks Elias Penang

    ReplyDelete
  3. salam.tuan saya nak tnya ada tak pengusaha vending machine manex le.dia siap bantu bagi lokasi utk letak vending machine.lokasi tu dia org dh kaji dlu sblum on.

    ReplyDelete
  4. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  5. Perkongsian yang menarik dan sepatutnya dipelajari daripada newbie yg baru nak cuba2
    saya minta izin untuk share di blogpost saya
    di www.speedvending.com, http://www.speedvending.com/blog/

    ReplyDelete
  6. boss ada tak supplier yg boss suggest utk kami yg nak mulakan bisnes vending machine nie agar tak terjaga macam boss cakapkan tu..bila mesin rosak supplier buat tak tahu je....kalau ada boleh email sy boss..zamzuribinmatjusoh2gmail .com terima kasih atas penjelasan di blog boss memang terbaik.....tunjuk ajar ku sifu

    ReplyDelete