Kereta

Saturday, January 2, 2016

Selamat Tahun Baru 2016 dan cabaran bisness vending machine 2016.

Selamat menyambut tahun baru 2016.Semoga tahun ini membawa lebih rezeki dan keberkatan kepada kita semua.Bagi usahawan trading and services...alhamdulillah tahun ini masuk tahun ke tujuh kami beroperasi.Dengan 26 Mesin yang telah dimiliki oleh syarikat,alhamdulillah pemilik syarikat masih meneruskan kerjaya sebagai penjawat awam di agensi kerajaan tanpa menjejaskan prestasi.Sesuai dengan konsep partime business ini yang boleh dijalankan pada sabtu atau ahad sahaja tanpa meninggalkan kerjaya tetap anda.Mengenai Mentee2 pula,alhamdulillah sudah 24 mentee seluruh negara yang telah berjaya berkecimpung dalam business ini ,hasil kelas perkongsian ilmu yang dijalankan dengan lebih 50 biji mesin telah beroperasi dalam menambahkan pasif income kepada  mereka yang tekun dan sabar menimba ilmu sehingga berjaya.Kelas perkongsian ilmu juga telah dikurangkan dari masa ke semasa kerana tugas mengajar ilmu pengetahuan ini  akan diteruskan oleh mentee2 saya.Saya pula boleh fokuskan kepada pengembangan business,keluarga dan kerjaya 2016.Namun begitu kelas2 peringkat advance dan intermediate akan saya jalankan bila ada masa lapang.
   Cabaran bagi tahun 2016 pula ialah kos pengendalian mesin akan meningkat termasuk filter dan part2 yang lain.Harga2 mesin juga akan menaik akibat kejatuhan nilai wang (body kebanyakan di import).Cabaran carian tapak juga akan meningkat kerana harga sewaan yang meningkat dan lokasi yang semikin tepu akibat ramai mereka yang telah VSS menceburi bidang ini untuk kelangsungan hidup.Tidak  dilupakan juga cabaran KKM yang memulakan penguatkuasaan lesen mesin air vending untuk 2016 ini.Jangan lupa apply lesen ye.sedikit tips untuk anda.pasang UV Sterilizer bagi memudahkan mesin anda lulus water lab test KKM.Knapa?boleh refer kelas saya atau mentee2 saya....Selamat Memulakan perjuangan 2016!!!

Saturday, November 14, 2015

Percuma: Kelas Pendedahan Awal,Perkongsian Ilmu dan Sessi Pembelajaran Vending Machine (Water) Secara Praktikal

Objektif
1.Mendapat pendedahan awal tentang bisness Water vending Mesin dan menilai risiko,peluang dan ancaman yang terlibat sebelum memulakan bisness ini.
2.Menimba ilmu dan pengalaman secara langsung dan realtime dari pengusaha Water Vending Mesin.
3.Mewujudkan jaringan persahabatan bagi mereka yang mempunyai minat bisness yang sama.

Modul Pembelajaran
1. Pengenalan Asas tentang Water Vending Machine. (Jenis,spesifikasi ,system
penurasan,Pulangan Modal dan kos2 terlibat.)
2. Kenali Vending Mesin dan komponennya
3. Selenggaraan Vending mesin dan preventive maintenance.
4.Risiko dan kaedah menguruskan risiko dalam perniagaan Vending Machine.
5.Pengiraan kegunaan air dan elektrik untuk vending machine..
6.Pemilihan tapak/lokasi,perjanjian sewaan tapak dan teknik rundingan tapak.
7.Pemilihan supplier dan pengilang dan lawatan berkaitan.
8.Mengembangkan Perniagaan Vending Mesin anda.
9.Tips,rahsia dan petua berguna.

Bagi yang berminat boleh hubungi saya melalui
012-7292850 (wan) –(tertakluk kelapangan saya.).lokasi –putrajaya.
Kelas ini adalah secara PERCUMA dan cukuplah setakat belanja makan dan minum untuk perkongsian ini.hehe.

Penambahan Mesin Saudara Hanif Di Setiawan/Manjung PERAK

Pada penghujung October yang lalu telah berlansungnya penambahan 3 lagi mesin mentee saya, iatu En.Hanif dari Manjung Perak.Penambahan ini dilakukan selepas beliau nampak potensi masa depan di dalam business vending ini yang dapat menambah pendapatan pasif beliau.Tahniah diucapkan..P/S: Maaf en.hanif saya tidak dapat turut serta kerana sibuk dengan sambutan orang baru di dalam family.Saya doakan tuan terus berjaya dan dimurahi rezeki...AMIN...




Monday, October 5, 2015

Pemasangan Mesin En.Anuar di Nilai,Negeri Sembilan

Pemasangan mesin en.anuar,salah seorang penjawat awam diputrajaya pada hujung bulan september 2015.
Mesin tersebut dipasang dikawasan Nilai, Negeri Sembilan.En.Anuar merupakan salah seorang mentee saya dan berjaya mengikuti kelas dengan jayanya sehungga tamat.tahniah dan selamat menambah pendapatan pasif diucapkan...






Sunday, September 6, 2015

UPDATED KELAS PERKONGSIAN ILMU DAN PRAKTIKAL MARATHON - 6 SEPTEMBER 2015 (AHAD)

Alhamdulillah kelas Perkongsian ilmu dan Praktikal (Versi Marathon) telah selamat dijalankan  pada 6 september 2015 bermula pada 8 pagi dan berakhir pada 7 malam.Kelas dihadiri oleh peserta2 iaitu En.Yus dari PENANG,En.Hanif dari manjung Perak,En.Fendi dari Ipoh ,En.Hazwan dari Gombak,En.Mat dari Melaka dan En.Syed dari Jalan Putra Kuala Lumpur.Kelas di mulakan dengan berkumpul di PETRONAS PRESINT 18 Putrajaya dan bersarapan di pinggiran putra serta sessi pendedahan awal tentang business vending machine,sistem penurasan/tapisan,ROI dan beberapa perkara berkaitan.







Setelah sessi tersebut peserta dibawa melawat ke mesin2 saya untuk mengenali vending mesin dan komponen2nya.









setelah makan tengahari dan bersissi soal-jawab.para peserta di bawa melawat kilang pemasangan mesin yang terletak di KLANG dan kelas telah berakhir pada jam 7 Malam...Terima kasih kepada semua yang terlibat dan semoga ilmu ini dapat dikembangkan lagi keseluruh negara.

Tuesday, September 1, 2015

KELAS PERKONGSIAN ILMU DAN PRAKTIKAL MARATHON - 6 SEPTEMBER 2015 (AHAD)

Bagi memenuhi permintaan dari peserta yang datang jauh dari perak dan kerana lama dah tak buat kelas saya dengan ini akan mengadakan satu kelas marathon (dari pagi hingga petang) pada Ahad bersamaan 6 september 2015.Kelas bermula 730 pagi dan akan tamat selewat2nya malam bagi berkongsi maklumat dan pengalaman berkaitan vending machine.tuan/puanyangt berminat adalah dijemput hadir  untk sama2 belajar tentang selok belok perniagaan vending dan pendedahannya.Tempat berkumpul adalah PETRONAS PRESINT 18 PUTRAJAYA.Sebarang maklumat lanjut boleh hubungi saya.012-7292850.(wan)

Modul Pembelajaran
1. Pengenalan Asas tentang Water Vending Machine. (Jenis,spesifikasi ,system
penurasan,Pulangan Modal dan kos2 terlibat.)
2. Kenali Vending Mesin dan komponennya
3. Selenggaraan Vending mesin dan preventive maintenance.
4.Risiko dan kaedah menguruskan risiko dalam perniagaan Vending Machine.
5.Pengiraan kegunaan air dan elektrik untuk vending machine..
6.Pemilihan tapak/lokasi,perjanjian sewaan tapak dan teknik rundingan tapak.
7.Pemilihan supplier dan pengilang dan lawatan berkaitan.
8.Mengembangkan Perniagaan Vending Mesin anda.
9.Tips,rahsia dan petua berguna.

Pengembangan Kelas Perkongsian ilmu ke Utara Dan Selatan

Saya ingin memaklumkan kepada para pembaca blog saya tentang Pengembangan Kelas Perkongsian ilmu dan praktikal ke Negeri2 Utara dan Negeri Selatan atas inisiatif mentee2 saya dan pengusaha2 Vending Machine yang mempunyai Jaringan dengan saya.Mereka telah bersetuju untuk berkongsi ilmu dan pengalamam mereka secara percuma seperti yang saya lakukan untuk kembangkan jihad ekonomi ummah dan membolehkan lebih ramai lagi usahawan melibatkan diri dalam bidang perniagaan vending ini.Mereka adalah :

EN.YUS DAN WADI -PULAU PINANG

EN.KHAIRUL-MELAKA

EN.FADHLI- JOHOR

EN.HANIF - PERAK

Diharapkan dengan perkongsian ilmu dan pengalaman mereka akan memudahkan tuan/puan yang  tidak berkesempatan untuk menghadiri kelas saya atas kekangan masa akan mendapat manafaatnya.Bagaimanapun saya tidak dapat menyiarkan nombor telefon mereka atas dasar privasi.jika berminat bolehlah menghubungi saya dan saya akan memberikan contact atas persetujuan mereka.Terima Kasih.