Saturday, January 2, 2016

Selamat Tahun Baru 2016 dan cabaran bisness vending machine 2016.

Selamat menyambut tahun baru 2016.Semoga tahun ini membawa lebih rezeki dan keberkatan kepada kita semua.Bagi usahawan trading and services...alhamdulillah tahun ini masuk tahun ke tujuh kami beroperasi.Dengan 26 Mesin yang telah dimiliki oleh syarikat,alhamdulillah pemilik syarikat masih meneruskan kerjaya sebagai penjawat awam di agensi kerajaan tanpa menjejaskan prestasi.Sesuai dengan konsep partime business ini yang boleh dijalankan pada sabtu atau ahad sahaja tanpa meninggalkan kerjaya tetap anda.Mengenai Mentee2 pula,alhamdulillah sudah 24 mentee seluruh negara yang telah berjaya berkecimpung dalam business ini ,hasil kelas perkongsian ilmu yang dijalankan dengan lebih 50 biji mesin telah beroperasi dalam menambahkan pasif income kepada  mereka yang tekun dan sabar menimba ilmu sehingga berjaya.Kelas perkongsian ilmu juga telah dikurangkan dari masa ke semasa kerana tugas mengajar ilmu pengetahuan ini  akan diteruskan oleh mentee2 saya.Saya pula boleh fokuskan kepada pengembangan business,keluarga dan kerjaya 2016.Namun begitu kelas2 peringkat advance dan intermediate akan saya jalankan bila ada masa lapang.
   Cabaran bagi tahun 2016 pula ialah kos pengendalian mesin akan meningkat termasuk filter dan part2 yang lain.Harga2 mesin juga akan menaik akibat kejatuhan nilai wang (body kebanyakan di import).Cabaran carian tapak juga akan meningkat kerana harga sewaan yang meningkat dan lokasi yang semikin tepu akibat ramai mereka yang telah VSS menceburi bidang ini untuk kelangsungan hidup.Tidak  dilupakan juga cabaran KKM yang memulakan penguatkuasaan lesen mesin air vending untuk 2016 ini.Jangan lupa apply lesen ye.sedikit tips untuk anda.pasang UV Sterilizer bagi memudahkan mesin anda lulus water lab test KKM.Knapa?boleh refer kelas saya atau mentee2 saya....Selamat Memulakan perjuangan 2016!!!

1 comment: