Wednesday, January 20, 2016

Kelebihan Water Vending berbanding can vending machine (pengalaman saya sendiri)

Ramai yang menghubungi saya dan bertanyakan tentang perbezaan perniagaan water vending machine dan can vending machine.Apa kelebihan dan kekurangannya.Disini saya ingin kongsikan pengalaman saya sendiri setelah pernah menceburi can vending machine dan can vending machine.Saya telah memulakan perniagaan ini pada jan 2009 dengan can vending machine.namun setelah 6 bulan beroperasi,mesin air tin terpaksa saya jual dengan kerugian.Harga belian RM24K harga jual hanya RM22K.NAmaun water vending masih kekal sehingga sekarang,tahun 2016.kenapa?mari saya kongsikan pengalaman saya.

1.Vending can perlukan komitment yang tinggi untuk refil air,maintainace tinggi dan melayan gelagat pengguna.kita tidak boleh paksa pelanggan minum air yang sama setiap hari.perisanya harus kerap ditukar untuk kepuasan pelanggan.untuk refil air pula perlukan masa dan perlu angkut air tin menggunakan kenderaan yang tahan lasak.24can dah brapa kilo tuan.klau mesin tu 42 selection.42 jenis air.masak kereta kita.eksober pun ranap.note acceptor harganya sehingga RM1200,jika dicalar duit tidak boleh terima dan tiada sales sehingga ditukar.

2.Bagi water vending pula,air supply direct dari paip syabas sahaja.tidak perlu diangkut.coin acceptor hanya RM120-180/pcs.pelanggan boleh pilih untuk masak air untuk jadikan apa2 air yang mereka suka.tiada kerja berat dan hanya perlu tukar filter secara berkala.

3.Bagi persaingan pula,can vending ada big2 player seperti PERMANIS dan FnN yang hasilkan air tin untuk jualan.jika mesin mereka diletakkan disebelah mesin kita.sebulan dua bungkuslah kita.kita jual air tin RM1.50,mereka jual RM1.00 sehingga kita bungkus.Sekarang ini pula jangan lupa untuk tambahkan kos GST dalam setiap tin anda.

4.Bagi mesin tapisan air pula,saingan terhebat adalah air mineral/air minuman botol yang harganya jauh lebih tinggi.sepastinya kita boleh menang dari segi harga seliter.botol 1.5L dijuaL RM2.00,TAPI DENGAN MESIN HANYA 20SEN!!!

5.Mesin tyin kebanyakkan beroperasi menggukan program bahasa jepun,kerana kebanyakkan di refurbish dari Jepun,.Adakah anda mahir atau tahu bahasa jepun selain technician anda yang belum tentu free apabila anda ditimpa kesusahan mahupun setting harga baru air anda.

6.Bagi water vending pula,mesin hanya beroperasi menggunakan PLC yang mudah dan manual bahasa inggeris.So lebih mudah anda kendalikannya.

7.Tentang ketenteraman anda pula,selalunya bila mesin tin anda sangkut wang pelanggan mereka akan call sehingga anda respond sebab nilainya besar.pernah telefon saya habis bateri ketika pelanggan call untuk minta wang yang sangkut dalam mesin namun saya dalam meeting dari pkul 2ptg hingga 6 ptg.huhu...pkul 3 pagi pun akan da orang call jika duit sangkut dan mengganggu waktu rehat/tidur kita.

8.Bagi water vending pula,jika duit sangkut kita hanya bagitau tuan premis/kedai untuk gantikan wang atau masuk wang ke mesin supaya customer dapat mengambil air.hujung minggu kita boleh mennganti semula kepada owner premis.mudahkan!

Banyak lagi pengalaman2 dan maklumat yang saya boleh kongsikan namun masa terhad seperti vendalism mesin,kos air dan electrik,gelagat/ragam pengguna,masa restock,perbezaan keuntungan,penjimatan masa dan tenaga,proses mendapatkan tapak,perjanjian sewaan/komisyen,lokasi sewaan,perbezaan harga spare part dan lain2 pengalaman saya mengendalikan kedua2 jenis mesin ini.mungkin saya boleh huraikan dilain kali.terima kasih.semoga pos ini dapat membantu anda semua.terima kasih.

2 comments:

  1. Salam tuan..nice sharing..thanks..Elias From Penang

    ReplyDelete
  2. Bos.. macam mana kalau nak pasang water vending di kawasan IPT?

    ReplyDelete